PERMOHONAN BAHARU DAN KEMASKINI MAKLUMAT PENERIMA BR1M 2017 SEHINGGA 31 DISEMBER 2016
KONGSI INFO : Permohonan baharu atau kemaskini maklumat penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bagi tahun 2017, secara dalam talian atau penghantaran permohonan melalui borang adalah bermula pada 5 Disember 2016 sehingga 31 Disember 2016 (tertakluk kepada pindaan).
PERHATIAN : Sebarang semakan atau maklumat lanjut mengenai BR1M, sila hubungi talian bebas tol 1-800-88-2716 (BR1M) atau layari portal rasmi BR1M, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) di pautan https://ebr1m.hasil.gov.my. Kementerian Kewangan telah menerima aduan mengenai kewujudan LAMAN SESAWANG PALSU berkaitan BR1M di media sosial. Pemohon dinasihatkan TIDAK mengakses atau memberikan sebarang maklumat peribadi di laman sesawang tersebut.
Berikut adalah syarat-syarat kelayakan yang perlu dipenuhi oleh pemohon sebelum membuat permohonan BR1M 2017, iaitu:
- Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja.
- Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah.
- Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM4,000 dan ke bawah.
- Bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah.
- Tidak termasuk pelajar yang menerima Kad Debit Pelajar.
PERMOHONAN BAHARU BR1M
Pemohon boleh membuat permohonan BR1M 2017 dengan mengisi Borang BR1M 2017 sama ada secara dalam talian atau melalui borang. Sekiranya pemohon membuat permohonan BR1M 2017 secara atas talian, permohonan BR1M 2017 boleh dibuat di Portal Rasmi BR1M LHDNM, https://ebr1m.hasil.gov.my.
Permohonan dalam talian hanya boleh dibuat menggunakan komputer sahaja dan salinan permohonan disimpan bagi tujuan rekod pendaftaran. Walau bagaimanapun, aplikasi e-BR1M tidak direkabentuk untuk capaian peranti mudah alih.
Manakala bagi permohonan melalui borang pula, Borang BR1M 2017 boleh didapati secara percuma di Portal Rasmi BR1M LHDNM, Cawangan LHDNM, Pusat Khidmat Hasil (PKH), LHDNM dan Pusat Transformasi Bandar (UTC), LHDNM.
Borang BR1M 2017 yang telah lengkap diisi boleh dihantar ke kaunter-kaunter Cawangan LHDNM, PKH LHDNM, UTC LHDNM, Pejabat Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP), Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Pejabat Daerah dan Pejabat Residen. Penghantaran secara faks dan e-mel adalah tidak diterima.
Salinan dokumen sokongan pemohon / pasangan / tanggungan (jika berkaitan) yang perlu dikemukakan adalah seperti berikut:
- Pengenalan (MyPR / MyKid / Pasport / Sijil Lahir)
- Sijil perceraian pemohon / sijil kematian pasangan bagi pemohon berstatus Ibu / Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda
- Sijil perceraian / sijil kematian ibu atau bapa tanggungan dan sijil lahir tanggungan (bagi kategori bujang ada tanggungan)
Untuk mendapatkan maklumat terkini, membuat pertanyaan atau mengemukakan aduan, pemohon boleh menghubungi saluran berikut:
- Portal Rasmi BR1M LHDNM, https://ebr1m.hasil.gov.my;
- Menghubungi LHDNM: 1-800-88-2716 atau MoF: 03-8882 4565 / 4566; atau
- Hadir sendiri ke Cawangan LHDNM / PKH LHDNM / UTC
LHDNM.
No comments:
Post a Comment