Sensasi dan Terkini

Saturday 6 January 2018

RESEPI DONUT PANDAN GEBU DAN TIDAK PERLU DI ULI



KONGSI INFO ingin kongsikan resepi donut pandan hasil air tangan Hajah Zainab Bt Mawan kepada para pembaca. Beliau maklumkan bahawa adunan donut ini tidak perlu di uli untuk menghasilkan donut yang gebu.


BAHAN-BAHAN ADUNAN :


Bahan 1


- 1 paket yis kering
- 2 sudu susu pekat manis
- 2 sudu gula pasir
- 1 cawan air suam/+air pandan

Campurkan kesemua Bahan 1 ini dan biarkan kembang.

Bahan 2


- 4 cawan tepung gandum
- 2 sudu (b) marjerin/butter
- 2 sudu teh baking powder
- 1 sudu teh garam

Ramaskan Bahan 2 ini hingga menjadi seperti serbuk roti.

CARA-CARA PENYEDIAAN :


1. Campurkan Bahan 1 dan Bahan 2.
2. Gaulkan hingga rata.
3. Masukkan ke dalam bekas dan tutup.
4. Biarkan selama 1 jam.
5. Adunan memang lembik dan tidak perlu tambah tepung.
6. Selepas 1 jam, tumbuk-tumbuk doh untuk keluarkan angin.
7. Kemudian canaikan dan terap menggunakan cetak donut.
8. Biarkan selama lebih kurang 15 minit.
9. Selepas tu boleh goreng dan di salut gula.


Kredit Resepi : Hajah Zainab Bt Mawan

No comments:

Post a Comment