KONGSI INFO ingin berkongsikan resepi Ayam Perap Sos BBQ Power yang telah dicuba sendiri dan diubahsuai mengikut selera sendiri. Resepi ini boleh diolah supaya dapat mengikut citarasa masing-masing. Buat berulang-ulang kali sehingga mendapat citarasa yang diinginkan.
Bahan-Bahannya:
- 2 ekor ayam (anggaran 4.5 kg)
- Sos BBQ (dibancuh dengan sedikit air)
Bahan-Bahan Perapan:
Bahan-Bahan A:
- 1 botol sos BBQ
- 1/2 kg gula perang (boleh ganti dengan madu)
- 1/2 kg gula putih
- Garam secukup rasa
Bahan-Bahan B (dikisar halus menjadi pes):
- 5 – 7 biji bawang besar (saiz besar) - dihiris
- 10 ulas bawang putih saiz besar
- 5 sm halia
- 5 sm kunyit hidup
- 5 sm lengkuas
- 5 – 7 batang serai - dihiris
- 3 – 5 sudu besar serbuk cili
- 2 sudu besar serbuk jintan manis
- 2 sudu besar serbuk jintan putih
- 1 sudu besar serbuk ketumbar
- 1 sudu besar serbuk lada hitam halus (tambah lagi untuk lebih pedas)
- 1/2 sm kuah keras
- Anggaran air secukupnya
Cara-Cara Penyediaannya:
- Potong ayam mengikut citarasa anda. Bersihkan ayam dan toskan. Kelar sedikit permukaan isi ayam supaya bahan perapan mudah menyerap dan isi ayam cepat masak bila dibakar nanti.
- Masukkan kesemua isi ayam di dalam bekas, diikuti dengan bahan-bahan perapan (Bahan A dan Bahan B). Gaul rata sehingga semua bahan sebati.
- Masukkan ayam di dalam zipper beg. Kuantiti ayam yang dimasukkan di dalam zipper beg bergantung kepada saiz beg berkenaan. Boleh juga guna bekas plastik/Tupperware bertutup untuk menyimpan ayam.
- Perap ayam tersebut 1 – 2 malam di dalam peti ais, tempat frozen (lagi lama perap lagi bertambah sedap).
- Bakar ayam di atas bara api sahaja. Semasa membakar bolehlah disapu sos BBQ di atas isi ayam menggunakan serai untuk menambahkan aroma.
No comments:
Post a Comment