Sensasi dan Terkini

Friday, 16 December 2016

TAMBANG PERCUMA TREN MRT (LALUAN SUNGAI BULOH - KAJANG) SELAMA SEBULAN HADIAH TAHUN BARU 2017





TAMBANG PERCUMA TREN MRT (LALUAN SUNGAI BULOH - KAJANG) SELAMA SEBULAN HADIAH TAHUN BARU 2017



KONGSI INFO : Orang ramai berpeluang mendapatkan perkhidmatan pengangkutan tren MRT secara percuma bagi laluan Sungai Buloh - Kajang membabitkan Fasa Pertama antara stesen Sungai Buloh-Semantan sejauh 24 kilometer selama sebulan mulai 17 Disember 2016 sehingga 17 Januari tahun depan termasuk perkhidmatan bas pengantara. Perkhidmatan pengangkutan tren MRT ini dikendalikan oleh RapidRail Sdn. Bhd.



Perkara tersebut dimaklumkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia dalam Majlis Pelancaran Operasi Fasa Pertama MRT SBK di Stesen MRT KWASA Damansara di sini hari ini. Menurut beliau lagi, tambang percuma perkhidmatan MRT ini adalah hadiah Tahun Baru selain memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk mencuba kemudahan pengangkutan awam yang baharu, moden dan efisien.



No comments:

Post a Comment