5 SOFTWARE MUDAHKAN MUAT NAIK GAMBAR DAN VIDEO KE INSTAGRAM MELALUI DESKTOP PC
KONGSI INFO : Sebagaimana yang anda tahu, Instagram merupakan aplikasi perkongsian gambar dan video dalam talian yang membolehkan penggunanya mengambil gambar, mengedit, memuat naik dan menyebarkannya ke dalam pelbagai bentuk perkhidmatan media sosial seperti Facebook, Twitter, WhatsApp, Telegram dan lain-lain lagi.
Sebelum ini pengguna-pengguna Instagram menggunakan handpone mereka untuk mengedit gambar dan video sebelum dimuat naik menerusi aplikasi Instagram untuk dikongsikan kepada pengguna-pengguna Instagram yang lain. Namun kini trend tersebut sudah mulai berubah.
Seperti kebanyakan penyedia perkhidmatan media sosial yang lain, selain menyediakan aplikasi media sosial, mereka juga menyediakan laman web untuk pengguna-pengguna mereka. Begitu juga Instagram melalui laman web di https://www.instagram.com.
Kini pengguna-pengguna Instagram tidak lagi bergantung kepada aplikasi Instagram di handpone mereka. Mereka mempunya alternatif menggunakan Instagram melalui laman web yang disediakan. Begitu juga kepada pengguna-pengguna yang tidak dapat menggunakan aplikasi Instagram di handpone mereka.
Mereka boleh menggunakan PC masing-masing untuk mengedit gambar dan video serta memuat naik ke laman web yang disediakan oleh Instagram. Cara ini didapati lebih mudah dan pantas.
Walau bagaimanapun, Instagram tidak membenarkan pengguna-pengguna memuat naik gambar dan video melalui Application Programming Interface (API) di PC mereka. Sehubungan itu, perlu ada software yang boleh dimuat turun dan dipasang pada PC masing-masing bagi membolehkan pengguna-pengguna Instagram menghubungkan akaun Instagram mereka dan seterusnya memuat naik gambar dan video terus dari PC mereka.
Antara software-software yang boleh dimuat turun dan dipasang pada PC adalah seperti berikut:
1. Gramblr (http://gramblr.com/) - merupakan software paling popular di kalangan pengguna Instagram. Walau bagaimanapun, hanya gambar sahaja yang boleh di muat naik ke akaun Instagram anda. Untuk menggunakan software ini, anda perlu log masuk ke akaun Instagram terlebih dahulu sebelum memuat naik gambar anda.
2. Bluestacks (http://www.bluestacks.com/) - merupakan software seperti Gramblr yang perlu dimuat turun dan dipasang di PC anda sebelum boleh digunakan. Tidak seperti Gamblr, gambar dan video boleh dimuat naik ke akaun Instagram anda menggunakan Bluestacks.
3. Latergramme (http://www.latergram.me/) - merupakan software yang membolehkan anda membuat penjadualan untuk memuat naik gambar dengan lebih tersusun ke akaun Instagram. Latergramme tidak seperti Gramblr dan Bluestacks yang diberikan percuma. Latergramme mengenakan bayaran bagi akaun premium sebanyak $16 sebulan. Walau bagaimanapun, anda dibenarkan untuk membuka akaun secara percuma dengan jumlah muat naik ke akaun Instagram yang terhad.
4. ScheduGram (http://schedugr.am/) - merupakan software seperti Latergramme yang membolehkan anda membuat penjadualan untuk memuat naik gambar dengan lebih tersusun ke akaun Instagram. ScheduGram lebih sesuai kepada ahli-ahli perniagaan yang serius menggunakan Instagram dalam perniagaan mereka. Ciri-ciri tambahan yang disediakan ScheduGram dilihat mampu menguruskan pengikut-pengikut Instagram mereka yang ramai serta isi-isi kandungan yang banyak dalam akaun Instagram mereka. ScheduGram memberi tempoh percubaan 7 hari secara percuma kepada pengguna. Selepas tempoh tersebut, pengguna akan dikenakan bayaran bulanan bermula dari $20 sebulan, bergantung kepada berapa banyak jumlah pengikut mereka di Instagram.
5. Dropbox (https://www.dropbox.com/) - merupakan software paling mudah digunakan di kalangan pengguna Instagram selain tidak mengenakan bayaran seperti Latergramme dan ScheduGram. Dropbox juga dengan mudah dapat memindahkan gambar atau video dari PC ke handphone, malah juga ke akaun Instagram.
No comments:
Post a Comment