TUTORIAL ZOOM RAKAMAN VIDEO KETIKA CHITCHAT DI WHATSAPP
KONGSI INFO : Tahukah anda? Kini WhatsApp memiliki ciri zoom semasa membuat rakaman video, sama seperti anda menggunakan aplikasi kamera di handphone anda. Dengan ciri tersebut, anda boleh berbual dengan kenalan anda di WhatsApp, sambil menghantar video yang hendak dikongsikan tanpa menggunakan aplikasi lain.
Untuk menggunakan ciri zoom tersebut, pastikan aplikasi WhatsApp anda dikemaskini ke versi terkini iaitu sekurang-kurangnya kepada WhatsApp versi 2.16.7. Bagaimana ciri zoom ini berfungsi semasa anda membuat rakaman video? Berikut adalah langkah-langkah yang ingin dikongsikan kepada anda seperti di bawah ini:
Langkah 1: Buka aplikasi WhatsApp anda dan klik 'Chats'. Mulakan chitchat anda dengan memilih salah seorang kenalan anda yang anda ingin menghantar video kepadanya.
Langkah 2: Terdapat ikon kamera di sebelah kanan di bahagian bawah. Klik ikon tersebut untuk memulakan rakaman video.
Langkah 3: Tekan dan tahan pada butang rakaman tersebut.
Langkah 4: Sekiranya anda mahu zoom-in (gambar besar) semasa rakaman, anda slaid ke atas dengan jari anda tanpa mengangkat jari anda. Untuk zoom-out (gambar kecil), slaidkan jari anda ke bawah. Angkat jari anda untuk menghentikan rakaman video anda.
Selamat mencuba!!!
No comments:
Post a Comment