Sensasi dan Terkini

Sunday, 1 January 2017

CARA MUDAH MEMUTIHKAN GIGI ANDA TANPA KOS YANG TINGGI



KONGSI INFO : Untuk memiliki gigi yang putih dan cantik merupakan impian semua orang. Namun akibat tabiat pemakanan yang tidak di kawal boleh menyebabkan gigi kita kekuningan. Justeru itu, mahukah anda memutihkan gigi anda di rumah sendiri, tanpa membelanjakan terlalu banyak wang pada produk-produk pemutih yang ada di pasaran?


Berikut dikongsikan info bagaimana untuk menyediakan dan menggunakan 'ubat gigi' buatan sendiri baru anda? Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat pes pemutih gigi hanya serbuk penaik dan ubat gigi; serta sekeping aluminium foil sahaja.


Mula-mula, ambil sedikit serbuk penaik dan campurkannya dengan sedikit ubat gigi yang biasa anda gunakan untuk mencuci gigi anda. Kemudian, ambil sekeping aluminium foil dan lipat dua, supaya ia boleh disesuaikan dengan saiz gigi anda.

Letakkan pes campuran serbuk penaik dan ubat gigi pada foil, dan letakkan pada gigi anda. Biarkan selama satu jam. Jika anda mahu keputusan yang lebih cepat, ulangi prosedur ini dua kali sehari selama satu minggu.

Akhirnya anda akan melihat bahawa gigi anda lebih putih dan bersih. Doktor pakar dalam kesihatan gigi mengakui bahawa rawatan ini adalah 100% selamat dan tidak menunjukkan apa-apa risiko. Walau bagaimanapun, menyalahgunakan teknik ini serta penggunaan yang berpanjangan boleh memusnahkan enamel gigi anda.

Penegasan : Kongsi Info sekadar memberikan tips yang pernah dipraktikkan oleh orang ramai dan tidak memberikan apa-apa nasihat perubatan. Dapatkan nasihat daripada doktor peribadi anda atau pakar kesihatan sebelum anda mencuba tips ini.

No comments:

Post a Comment