KONGSI INFO ingin kongsikan tips bagaimanakah caranya untuk menanam pokok durian. Pokok durian seeloknya ditanam di tanah yang mengandungi unsur organik dan sedikit pasir disamping berada pada kawasan yang memiliki ketinggian antara 60 s/d 700 dari ketinggian permukaan laut, curah hujan 1700 s/d 2700 mm per tahun, dengan suhu antara 20 s/d 28 darjah celcius.
Sebelum memulai proses penanaman benih, lakukan terlebih dulu proses pengolahan tanah dengan betul. Bersihkan kawasan tanah daripada pelbagai tumbuhan rumput dan kayu / sampah yang tidak diperlukan. Lakukan proses penghalusan tanah dengan membajak atau mencangkul secara merata.
Tambahkan baja organik haiwan dan tumbuhan yang sudah terurai dengan baik pada setiap kawasan penanaman pokok. Tambahkan batu kapur halus dan garam pada kawasan tanaman, supaya tanah dalam keadaan neutral dan berkualiti. Tanah dikorek dengan ukuran 60x60x50 cm sebagai tempat penanaman benih pokok.
Pastikan jarak lubang antara satu dengan yang lainnya paling kurang 11 meter supaya tanaman tersebut dapat tumbuh dengan baik.
Setelah proses penyediaan lubang selesai, taburkan baja organik pada setiap lubang tanah dengan ketebalan 2 cm. Ada juga pengusaha tanaman durian memasukkan sekurang-kurangnya sekilo ikan mentah ke dalam lubang tanaman sebagai penggalak akar dan baja kepada pokok yang akan ditanam.
Biarkan tanah tersebut selama 2 minggu, supaya proses penguraian baja berlaku dengan sempurna. Pilih benih yang berkualiti kerana ini sangat mempengaruhi pertumbuhan dan hasil yang akan diperolehi.
Alat yang di perlukan:
- Cangkul(boleh pakai yang lebih modern)
- Alat pembersih rumput
- Gunting pemotong yang tajam
- Alat spray / semburan baja dan menyiram
- Benih pokok durian
Langkah Penanaman:
- Sebaiknya awal penanaman mula dilakukan pada awal musim hujan.
- Untuk memulakan proses penanaman anak pokok sebaiknya di lakukan pada waktu pagi hari jam, 06.00 s/d 09.00, atau pada waktu petang sekitar jam 4.00 bergantung kepada keadaan cuaca. Penanaman dalam cuaca panas boleh menyebabkan anak pokok layu dan mati.
- Pastikan akar tanaman tidak rosak ketika membuka plastik polybeg supaya tanaman tidak layu / mati.
- Setelah proses penanaman pokok selesai, lakukan penyiraman dengan air pada semua kawasan tanaman.
- Pastikan tahap kelembaban tanah berada pada tahap optima. Kawasan tanaman boleh ditutup dengn jerami atau daun kering. Biarkan jerami tersebut selama 2 hingga 3 bulan untuk mengekalkan kelembapan untuk menggalakkan pertumbuhan akar.
Langkah Perawatan:
- Lakukan penyiraman air 3 kali dalam seminggu.
- Lakukan pembersihan rumput di area lahan tanah secara berkala.
- Lakukan pembajaan tambahan dari unsur organik setiap 1 bulan sekali.
- Lakukan semburan kimia anti virus / hama secara berkala.
- Lakukan penaburan batu kapur halus dan garam dalam 3 bulan sekali.
- Lakukan penggemburan tanah di area tanaman setiap 1 bulan sekali.
Jika tanaman sudah tumbuh besar lakukan pemangkasan pada bagian tanaman yang kurang baik atau layu.
Jika tanaman sudah mulai tahap berbunga,lakukan penyerbukan secara manual, dengan cara memakai alat kuas yang halus, sapukan kuas pada bunga yang sudah mekar secara teliti jangan sampai merosak bahagian yang lain. Bertujuan mengawal bunga daripada serangga / haiwan perosak. Sekiranya penyemburan tidak berjalan dengan lancar sudah pasti buah yang di hasilkan juga tidak akan secara maksima.
Jika tanaman sudah mulai berbuah lakukan pemilihan pada buah secara berkala, buang buah yang tidak sihat supaya tidak menular kepada buah yang lain.
Sebaiknya buah di minimakan kepada 2 atau 3 biji dalam setiap rumpun supaya kualiti buah dapat ditingkatkan.
Jika buah sudah mula besar, tangkainya perlu diikat dengan tali untuk mengelakkan buah rosak ketika jatuh ke tanah.
No comments:
Post a Comment