Sensasi dan Terkini

Saturday 14 January 2017

JADUAL 100 PLUS LIGA PREMIER MALAYSIA 2017 (TERKINI)



KONGSI INFO : 100 Plus Liga Premier Malaysia 2017 bakal menyaksikan 12 pasukan bertanding iaitu pasukan ATM FA, Johor Darul Ta'zim II (JDT II), Kuantan FA, MIFA, Negeri Sembilan FA, PDRM FA, Perlis FA, PKNP FC, Kuala Lumpur FA, Sabah FA, Terengganu FA dan UiTM FC.

Saingan 100 Plus Liga Premier Malaysia 2017 akan mengekalkan format sama seperti mana musim lalu dengan membuat penambahbaikan dari segi tempoh rehat dia antara dua perlawanan agar jadual perlawanan liga tidak terlalu padat.

100 Plus Liga Premier Malaysia 2017 akan membuka tirai perlawanan liga pada 20 Januari 2017 melibatkan  6 perlawanan, iaitu:

PDRM FA vs MIFA, Terengganu FA vs PKNP FC, Kuantan FA vs UiTM FC, Negeri Sembilan FA vs Sabah FA, Kuala Lumpur FA vs Johor Darul Ta'zim II (JDT II); dan Perlis FA vs ATM FA.


No comments:

Post a Comment