Sensasi dan Terkini

Thursday 21 September 2017

JDT PAMER AKSI CEMERLANG SEBELUM DINOBAT SELAKU JUARA LIGA SUPER MALAYSIA SELAMA 4 MUSIM BERTURUT-TURUT



KONGSI INFO : Johor Darul Ta'zim (JDT) mempamerkan persembahan bertenaga apabila dengan selesa menewaskan Kelantan 3-0 sebelum menjulang trofi baru Liga Super di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, malam ini.

Trofi baru yang diperbuat daripada tembaga, perak dan emas tulen seberat 20 kilogram yang mengambil masa lapan bulan untuk disiapkan oleh tukang emas diraja itu menjadi milik JDT bagi musim 2017 selepas memastikan kejayaan mereka buat kali keempat berturut-turut.

Kemenangan ini memberikan ruang untuk JDT mengalihkan tumpuan mereka kepada saingan Piala Malaysia, di mana mereka selangkah lagi untuk melayakkan diri ke separuh akhir selepas meraih kemenangan 4-1 dalam aksi suku akhir pertama berdepan Melaka United.


No comments:

Post a Comment