KONGSI INFO : Di beberapa negara, terdapat reka bentuk bangunan atau kerusi yang diletakkan di tempat-tempat awam dengan rekaan yang gagal atau salah. Namun di sebalik kegagalan itu, kerajaan tempatan sebenarnya mempunyai niat lain iaitu demi menjaga keharmonian dan kecantikan wajah sesuatu tempat itu terutamanya di pusat bandar atau kawasan tarikan pelancong.
Kadang-kadang rekaan tersebut membuatkan kita tidak selesa untuk menggunakannya contohnya sebuah kerusi panjang yang diletakkan penghadang besi di tengah-tengah kerusi. Bukan kita sahaja yang merasa terganggu dengan situasi itu tetapi golongan gelandangan juga terkena kesannya. Hal ini kerana, mereka sudah tidak ada tempat berlindung yang agak "selesa" bagi mereka.
Contohnya seperti gambar-gambar di bawah. Rekaan yang gagal itu pasti membuatkan hati anda sedih dan terkenangkan nasib gelandangan yang mahu menumpang kasih dan perhatian orang lain
Universiti Cardiff telah dikritik kerana membina sangkar untuk menghalang gelandangan daripada tidur berhampiran ruang udara panas di kampus mereka ketika musim sejuk. Dikatakan sangkar ini terletak berhampiran bangunan Sir Martin Evans.
Di London, lantai yang disimen dengan pepaku seperti ini banyak ditemui untuk mengelakkan gelandangan tidur di kaki lima bangunan.
Jika anda ke Tesco di London, anda akan temui pepaku seperti ini.
Bangku baharu yang terdapat di luar Royal Court of Justice di pusat bandar London.
Di Manhantan, New York, kerangka tingkap dibina seperti ini supaya gelandangan tidak dapat duduk atau bersandar di tepi-tepi tingkap.
Tempat duduk di Euston Road, pusat bandar London.
Ini adalah antara reka bentuk kerusi di Jepun. Tiada siapa yang boleh baring di kerusi seperti ini
Di bahagian bawah jambatan di Guangzhou, China terdapat pepaku seperti ini bertujuan tidak membenarkan gelandangan tidur di situ.
Di Barcelona, Spain reka bentuk antara tiang dibina secara condong supaya tiada gelandangan yang baring atau tidur di situ.
Terdapat juga binaan tajam seperti ini di bahagian antara tiang yang menghalang sesiapa pun duduk atau bersandar.
Di Oxford, England kerusi direka seperti ini supaya tiada gelandangan yang tidur di situ.
Biarpun negara-negara maju ini seolah-olah kurang peka dengan keperluan golongan gelandangan, namun masih ada negara yang tidak mengetepikan golongan gelandangan malah menyediakan tempat khas untuk mereka berehat, baring atau tidur. Maple Leaf Park yang terletak di Kanada adalah antara contoh tempat yang menyediakan perkhidmatan rehat untuk gelandangan. Biarpun ringkas tetapi masih selesa buat golongan yang memerlukan bantuan seperti mereka. Kerusi ini sudah diletakkan papan tanda "cari tempat perlindungan di sini".
Rupa-rupanya, papan tanda itu boleh dinaikkan. Apabila hujan turun, sesiapa sahaja yang duduk di situ dapat berlindung daripada hujan.
Apabila hari menjelang senja, lampu akan bernyala. Pada waktu siang kelihatan perkataan "ini ialah kerusi" manakala apabila hari beransur malam akan kelihatan perkataan "ini ialah bilik tidur".
Cara kerajaan Kanada melayan golongan gelandangan sungguh mengagumkan dan membuatkan kita juga merasa bersyukur dengan perhatian yang diberikan. Gelandangan juga adalah orang yang perlu dihormati. Mereka bukannya orang jahat cuma mereka sedang menghadapi keadaan yang menyukarkan dan menyedihkan dalam episod kehidupan mereka. Mereka perlu dilindungi. Adakah anda berfikir begitu juga?
Sumber: DKN
No comments:
Post a Comment