Sensasi dan Terkini

Saturday 6 January 2018

JENIS KUALITI FILEM YANG PERLU ANDA TAHU SEBELUM MUAT TURUN SECARA ONLINE



KONGSI INFO - Kebanyakan filem yang di cetak rompak kebanyakkannya mempunyai kualiti yang berbeza dan boleh dimuat turun secara online. Cara mudah mengetahui kualiti sesebuah filem, kebiasaannya maklumat kualiti tersebut dinyatakan bersama-sama dengan tajuk filem berkenaan. Sebagai contoh, filem berjudul "STAR WARS : THE LAST JEDI (2017) – Full MOVIE | FREE DOWNLOAD | TORRENT | Watch Online | HD 1080p | x264 | WEB-DL | DD5.1 | H264 | MP4 | 720p | DVDRip | Bluray."


AMARAN !!!
JANGAN SOKONG PRODUK CETAK ROMPAK

Artikel ini hanyalah untuk perkongsian maklumat sahaja.



Bagi beginner mungkin sukar untuk memilih filem cetak rompak yang berkualiti dari segi paparan tayangan dan suara. Kadang-kadang filem yang dimuat turun tidak mempunyai kualiti yang diharapkan. Sekadar perkongsian maklumat, berikut disertakan ciri-ciri kualiti filem yang perlu anda tahu.

1. CAMRip


CAMRip atau CAM adalah hasil daripada Cam-Quality. Sewaktu zaman cetak rompak dahulu, memang popular dengan kualiti filem sepertinya. Rakaman filem ini kebiasaannya diambil menggunakan kamera video digital. Kadang-kadang ada sedutan babak orang sedang berjalan berdekatan layar screen wayang dan ada juga kedengaran bunyi penonton ketawa berdekah-dekah. Kualiti filem seperti ini adalah sangat tidak bermutu kerana bunyi diambil terus dari mikrofon kamera dan kedudukan kamera tidak tetap.

2. TS, HDTS


TS atau TELESYNC adalah lebih kurang sama dengan CAMRip tetapi TS difilemkan dengan keadaan yang berbeza. Ia menggunakan audio luar iaitu merakam bunyi filem dan menggabungkan rakaman tersebut dengan audio luar menggunakan software video editor. Tetapi ia tetap tidak menghasilkan kualiti bunyi yang bagus dan kualiti gambar sedikit baik dari CAMRip.

3. DVDScr


Ini adalah versi awal DVD atau VHS yang dikeluarkan dari versi teater, Biasanya rakaman filem ini dihantar kepada pengulas filem, ahli akademi, dan juga eksekutif untuk tujuan ulasan. Ia juga biasanya  mempunyai mesej overlay pada gambar seperti "The film you are watching is a promotional copy". DVD Screeners biasanya mempunyai kualiti sedikit rendah dari DVDRip dan sumber ini biasanya akan dikeluarkan pada awal tahun.

4. DVDRip


Kualiti dari jenis DVDRip adalah hasil salinan dari DVD asli. Kualiti gambar dan suara sangat baik. Memuat turun filem jenis DVDRip ini seolah-olah seperti anda membeli DVD original.

5. HDRip, HDTV, PPVRip, WEBRip


HDRip ialah sumber filem asal dari rakaman TV atau web-web yang menyediakan watch online. Biasanya mempunyai kualiti 720p - 1080p. Kadang-kadang mempunyai HC (sarikata hardcode) dari bahasa lain seperti Korea, Cina, Arab, etc yang mengganggu apabila ditonton. Kadang-kadang audio bunyinya juga kurang jelas. Versi ini biasanya dikeluarkan sebulan atau dua dari tarikh tayangan.

6. WEB-DL


WEB-DL adalah sumber dari laman web yang terkemuka seperti iTunes, Amazon dan lain-lain. Kualitinya boleh dikatakan setara dengan BRRip. Kualitinya boleh mencecah hingga 1080p.

7. BRRip


Singkatan daripada Blu-ray dan sumber daripada Bluray disc. Kualiti jauh lebih baik dari DVDRip, tetapi BRRip memerlukan saiz hardware yang lebih tinggi untuk 1080p dan dikatakan kualiti terbaik buat masa ini. Bluray biasanya akan dikeluarkan selepas 3/4 bulan dari tarikh tayangan.

LAIN-LAIN MAKLUMAT :


Apa itu UNRATED, EXTENDED?


Biasanya ada pada filem yang berasaskan unsur 18+. Pendek kata, sumber ini tidak dipotong babak XXX. Ada juga terdapat pada filem-filem bertaraf tinggi.

Apa itu PROPER?


Sumber ini keluar biasanya bila sesuatu sumber seperti HDRip yang bermasalah seperti lari suara dari video. Maka, sesuatu kumpulan encoder akan baiki sumber tersebut. 

Apa itu REMASTERED?


Remastered ini sama concept dengan refurbished atau dibaiki/repair semula oleh pengeluar. Filem-filem lama yang dikeluarkan semula oleh penerbit dengan meningkatkan kualiti gambar/suara seperti hitam/putih atau berwarna, gambar lebih tajam dan jelas, SD ke HD 4 dan audio lebih jelas.

Apa itu LiMiTED BluRay?


Sumber BluRay yang filemnya ditayangkan hanya dinegara-negara terpilih sahaja.

Apa itu IMAX BluRay?


Biasanya tersedia untuk filem-filem Box Office yang pecah panggung. Skrin filemnya berbeza dengan BluRay biasa kerana IMAX mempunyai skrin yang berubah-ubah (Kalau scene bercakap dia ada kotak hitam atas-bawah, kalau scene sebaliknya ia akan berskrin penuh).

RINGKASAN INFO KUALITI FILEM


1 - Bluray/BdRip/BrRip » Tersangat/Terbaik

2 - WEB-DL » Terbaik

3 - HDTV-Rip » Sangat Bagus

4 - DVDRip » Bagus

5 - WEBrip » Bagus

6 - RC/R6 » Kurang Bagus

7 - R5/DVD Screener » Kurang Bagus

8 - HDTC Atau Telecine » Sangat Kurang Bagus

9 - HDTS Atau Telesync » Sangat Kurang Bagus

10-HDCam Atau Camrip » Sangat Kurang Bagus

JANGKA MASA FILEM DI MUAT NAIK


1 - Cam » 1 - 2 Minggu (dari tarikh keluar wayang)

2 - HDTC/HDTS » 3 - 4 Minggu

3 - DVDScr » 1 Bulan

4 - DVDRip » 1 - 2 Bulan

5 - WEBRip » 2 Bulan

6 - WEB-DL » 2 -3 Bulan

7 - BluRay » 3 - 4 Bulan

AMARAN !!!
JANGAN SOKONG PRODUK CETAK ROMPAK

Artikel ini hanyalah untuk perkongsian maklumat sahaja.


No comments:

Post a Comment