Sensasi dan Terkini

Monday 21 November 2016

JANGAN MINUM SUSU MENTAH TANPA PERLAKUAN HABA



KONGSI INFO : Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah memberi amaran supaya amalan meminum susu mentah tanpa pelakuan haba seperti pendidihan boleh mengancam kesihatan pengguna. KKM melalui kenyataan akhbar Ketua Pengarah Kesihatan telah menjelaskan bahawa meminum susu mentah tanpa dididihkan terlebih dahulu boleh meningkatkan risiko seseorang mengalami jangkitan penyakit seperti Bovine Tuberculosis (Bovine TB), Brucellosis dan Middle East Respiratory Syndrome (MERS). Penyakit-penyakit ini boleh membawa maut kerana susu mentah boleh mengandungi bakteria berbahaya seperti Mycobacterium Bovis, Brucella dan virus MERS-CoV.


Untuk makluman, KKM memaklumkan bahawa penjualan susu mentah tanpa perlakuan haba adalah satu kesalahan di bawah Peraturan 51(1A), Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009, Akta Makanan 1983 yang akan berkuatkuasa mulai 1 Disember 2016. Sesiapa yang didapati bersalah, seseorang itu boleh didenda tidak melebihi RM10,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 5 tahun.

Sehubungan dengan itu, sekiranya pengguna mempunyai kemusykilan berhubung isu keselamatan makanan, KKM boleh dihubungi melalui Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri terdekat, melalui laman sesawang Sistem Pengurusan Aduan Awam (SisPAA) KKM atau Facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM). di www.facebook.com/bkkmhq.


No comments:

Post a Comment