Sensasi dan Terkini

Monday 21 November 2016

PEMANDUAN DAN PERJALANAN SELAMAT DENGAN UBER



KONGSI INFO : Sebelum perjalanan dilakukan, aplikasi UBER secara automatik mencari lokasi pengguna UBER untuk menyediakan perkhidmatan dari pintu ke pintu. Dengan itu, pengguna UBER anda kekal selamat dan selesa sehingga pemandu UBER tiba. Perkhidmatan UBER terbuka kepada setiap orang di mana-mana sahaja. Semua permintaan perjalanan oleh pengguna UBER akan dipadankan secara terus dengan pemandu UBER yang paling hampir yang tersedia. Oleh itu, tidak akan berlakunya diskriminasi berdasarkan kaum, agama, jantina atau destinasi.


Pengguna UBER seharusnya tidak terlalu takut untuk menggunakan perkhidmatan UBER. Apabila pengguna UBER dipadankan dengan pemandu UBER yang tersedia, maka pengguna UBER akan melihat nama, nombor plat lesen, foto dan penarafan pemandu UBER supaya pengguna UBER terlebih dahulu mengetahui siapakah pemandu UBER yang akan mengambil mereka. Malah selepas perjalanan itu juga, pengguna UBER dapat menghubungi pemandu UBER sekiranya mereka tertinggal sesuatu di dalam kenderaan milik pemandu UBER tersebut.

Selain sebagai pengguna, UBER juga memberi peluang kepada sesiapa untuk menjadi pemandu UBER. UBER memberi kebebasan kepada pemandu UBER untuk menetapkan jadual mereka sendiri. Pemandu UBER boleh memandu dengan UBER pada bila-bila masa, siang atau malam, 365 hari setahun. Bila anda memandu sentiasa terpulang kepada anda, jadi ia tidak mengganggu perkara penting dalam hidup anda.

UBER menetapkan tambang perjalanan bermula dengan amaun asas, kemudian meningkat dengan masa dan jarak. Apabila permintaan lebih tinggi daripada biasa, pemandu UBER akan mendapat lebih bayaran. Tidak tahu lokasi pengguna UBER bukanlah alasan untuk tidak memandu dengan UBER. Pemandu UBER akan dibantu aplikasi UBER menunjukkan jalan. Mereka akan mendapat arahan selekoh demi selekoh, mendapatkan lebih banyak trip perjalanan, dan juga pendapatan termasuk sokongan 24/7 daripada UBER. Selain itu juga, istimewanya UBER turut menawarkan pemandu UBER sewaan telefon pintar sekiranya mereka tidak memilikinya.

Oleh itu, jom kita mulakan perjalanan dengan UBER. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web UBER. KLIK di sini.

No comments:

Post a Comment