Sensasi dan Terkini

Wednesday 23 November 2016

PENGANJURAN FORMULA SATU (F1) MALAYSIA BERAKHIR SELEPAS TAHUN 2018





PENGANJURAN FORMULA SATU (F1) MALAYSIA BERAKHIR SELEPAS TAHUN 2018



KONGSI INFO : Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia mengesahkan bahawa Malaysia tidak lagi menjadi tuan rumah kepada penganjuran perlumbaan Formula Satu (F1) selepas tahun 2018. Sebaik sahaja perjanjian semasa tamat tempoh pada tahun 2018, ianya tidak akan disambung. Tindakan ini diambil setelah mengambil kira kegagalan menarik jumlah kehadiran peminat-peminat sukan pemotoran F1 seluruh dunia ke perlumbaan Formula Satu (F1) Grand Prix Malaysia di Sepang yang mana daya tarikan F1 dilihat semakin berkurangan, selain gagal memupuk bakat dan melahirkan pelumba-pelumba F1 tempatan.



Jelas beliau lagi, penganjuran perlumbaan F1 melibatkan kos yang tinggi. Kerajaan telah memperuntukkan kira-kira sebanyak RM300 juta setahun bagi setiap penganjuran. Namun disebabkan jumlah kehadiran semakin berkurangan sejak akhir-akhir ini, secara tidak langsung janaan hasil daripada penganjuran perlumbaan tersebut didapati tidak mampu memberikan pulangan yang dijangkakan dan tidak dapat menampung perbelanjaan yang telah dikeluarkan.



Walau bagaimanapun, berbeza dengan penganjuran perlumbaan MotoGP di Malaysia yang mana perlumbaan tersebut akan terus dianjurkan kerana menurut beliau ianya masih mempunyai kepentingan kepada sektor pelancongan negara. Beliau berkata, sekiranya MotoGP dihentikan, negara akan kehilangan pendapatan hasil daripada sektor pelancongan.

No comments:

Post a Comment