Sensasi dan Terkini

Saturday, 12 November 2016

RESEPI KUAH YONG TAU FU KUAH HITAM




RESEPI KUAH YONG TAU FU KUAH HITAM


Bahan-bahannya:


2 sudu makan taucu
2 sudu makan tepung jagung
2 sudu makan tepung gandum
3 sudu makan kicap pekat
3 sudu makan sos tiram
4-5 sudu makan gula
3 cawan air

Cara-caranya:


Masukan kesemua bahan ke dalam blender. Kisar sehingga taucu menjadi halus. Kemudian masak sehingga mendidih seketika.

KUAH MERAH


Bahan-bahannya:


1/2 cawan kacang tanah yang telah digoreng
1 sudu makan tepung gandum
1 sudu makan tepung jagung
4- 5 sudu makan gula
3 cawan air
1/4 sudu makan garam
*(Kisar semua bahan-bahan di atas sehingga kacang tanah menjadi halus)
3 sudu makan cili kisar

Cara-caranya:


Panaskan sedikit minyak. Tumis 2 biji bwang putih yang telah diketuk. Letak 3 sudu makan cili kisar. Tunggu seketika sehingga kering.

Masukkan kesemua bahan yang telah dikisar. Masak sehingga kuah  menjadi pekat (anggaran dalam tempoh 5 minit).

Tabur bijan yang telah disangai dengan bawang goreng.


No comments:

Post a Comment