Sensasi dan Terkini

Monday, 14 November 2016

SUPERMOON 2016 : BULAN PALING HAMPIR DENGAN BUMI



KONGSI INFO : Menurut Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Malaysia, fenomena yang dikenali sebagai 'Fenomena Supermoon' adalah merupakan satu fenomena astronomi di mana bulan akan berada di kedudukan paling hampir dengan bumi (perigee) yang dijangkakan berlaku pada jam 07:24 malam pada 14 November 2016 (Isnin) dan seterusnya berada pada fasa penuh atau purnama pada jam 09:54 malam hari yang sama.


Kejadian ini juga dikenali sebagai 'Bulan Penuh Perigee' bagi ahli astronomi dan istilah ‘Supermoon’ bagi kalangan masyarakat umum. Keadaan bulan di kedudukan perigee ketika fasa purnama ini menyebabkan bulan seolah-olah kelihatan lebih besar daripada keadaan biasa. Walau bagaimanapun, hakikatnya saiz fizikal bulan sebenarnya tidak berubah sama sekali. Mengikut catatan sejarah, Fenomena Supermoon telah berlaku pada 6 Mei 2012, 23 Jun 2013, 10 Ogos 2014 dan 28 September 2015. Bagaimanapun kejadian kali ini merupakan supermoon yang berada pada jarak paling dekat dengan Bumi sejak 68 tahun.

No comments:

Post a Comment