Sensasi dan Terkini

Saturday 17 December 2016

CARA TUKAR GAMBAR PROFIL FACEBOOK ANDA KEPADA VIDEO PROFIL



KONGSI INFO : Gambar profil anda di Facebook yang statik mungkin agak membosankan. Tetapi, adakah anda tahu bahawa gambar profil tersebut boleh digantikan dengan video yang lebih interaktif? Anda boleh mengambil atau memuat naik video sehingga 7 saat untuk digunakan sebagai video profil anda di Facebook.


Video profil yang dimuat naik akan muncul di bahagian atas profil anda seperti gambar profil anda sekarang. Buat masa ini, anda hanya boleh membuat video profil Facebook anda menerusi aplikasi di iPhone atau Android sahaja. Kongsi Info akan menunjukkan cara-caranya kepada anda seperti berikut:

Langkah 1 : Pergi ke profil anda dan klik gambar profil anda.


Langkah 2 : Klik 'Select Profile Video' sekiranya video telah ada dalam simpanan. Sekiranya tiada, sila pilih 'Take A New Profile Video'.


Langkah 3 : Klik bar di bahagian bawah skrin untuk selaras tempoh masa video anda.


Langkah 4 : Klik bar di bahagian bawah skrin untuk memilih imej kecil untuk video anda.


Langkah 5 : Video profil Facebook anda telah siap dipasang dan boleh dilihat oleh semua orang.


Selamat mencuba !

No comments:

Post a Comment