Sensasi dan Terkini

Sunday 1 January 2017

AMARAN HUJAN BERTERUSAN OLEH JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA (KEMASKINI AMARAN : 31 DISEMBER 2016)



KONGSI INFO : Amaran ini dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia pada 31 Disember 2016, jam 4.06 petang. Amaran ini terbahagi kepada dua (2) seksyen, iaitu: Seksyen A (Amaran Hujan Berterusan) dan Seksyen B (Amaran Ribut Petir).


SEKSYEN A (AMARAN HUJAN BERTERUSAN):


Hujan dijangka berterusan sehingga awal malam, 31 Disember 2016 (Sabtu) di negeri-negeri berikut:

  • Pahang (Daerah Maran, Pekan, Kuantan dan Jerantut);

  • Kelantan (Daerah Pasir Puteh, Machang, Kuala Krai dan Gua Musang); dan

  • Terengganu.

SEKSYEN B (AMARAN RIBUT PETIR):


Ribut petir, hujan lebat berserta angin kencang dijangka berterusan sehingga awal malam, 31 Disember 2016 (Sabtu) di negeri-negeri berikut:

  • Selangor (Daerah Sepang dan Hulu Langat);

  • N. Sembilan (Daerah Tampin, Rembau, Seremban dan Port Dickson);

  • Melaka;

  • Johor (Daerah Segamat, Tangkak , Muar, Batu Pahat, Kluang, Johor Bahru, Kulai dan Pontian);

  • Sabah : Bahagian Kudat dan Sandakan (Daerah Beluran dan Sandakan); dan

  • Sarawak : Bahagian Kapit (Daerah Song), Bintulu (Daerah Tatau), Mukah, Sibu, Sarikei, Betong, Sri Aman dan Kuching.

Dapatkan maklumat terkini di laman sesawang Jabatan Meteorologi Malaysia di http://www.met.gov.my/.

No comments:

Post a Comment