Sensasi dan Terkini

Monday 19 December 2016

BERHATI-HATI DENGAN KANDUNGAN 'URIC ACID' TINGGI DALAM TUBUH BADAN



KONGSI INFO : Sejak kebelakangan ini, ramai orang lebih menyedari tentang bahayanya penyakit seperti darah tinggi, kencing manis dan penyakit jantung. Tetapi sedarkah anda, bilangan pesakit yang mempunyai paras asid urik yang tinggi meningkat setiap tahun?


Berdasarkan hasil kajian oleh pakar perubatan, menunjukkan bahawa lebih 10% daripada penduduk mempunyai tahap asid urik yang tinggi, terutamanya di kalangan lelaki pertengahan umur. Ini berbahaya kerana tahap asid urik yang tinggi dikaitkan dengan bahan yang dipanggil "purina", yang boleh menyebabkan penyakit metabolik.

Di samping itu, mempunyai tahap asid urik yang tinggi membuatkan seseorang lebih cenderung untuk mengalami gout. Apabila tubuh badan manusia mempunyai terlalu banyak asid urik, ia akan berkumpul dalam tisu badan, terutama pada sendi (ibu jari kaki, tumit, siku, dan lain-lain) yang menyebabkan pembentukan kristal asid urik (kadang-kadang dikenali sebagai "tophi"), yang menyebabkan gout.


Grafik Info : Health Navigator NZ

Selain gout, orang-orang yang mempunyai tahap asid urik yang tinggi sering terdedah kepada risiko penyakit metabolik tertentu seperti obesiti, kencing manis dan kolesterol tinggi, serta beberapa penyakit kardiovaskular yang lain.

Sehubungan itu, marilah kita amalkan gaya hidup yang sihat serta pemakanan yang berkhasiat untuk memastikan tubuh badan kita sentiasa sihat dan bebas daripada serangan penyakit-penyakit.

No comments:

Post a Comment