Sensasi dan Terkini

Saturday 3 December 2016

FAIZ SUBRI CATAT SEJARAH MALAYSIA CALON UTAMA ANUGERAH PUSKAS





FAIZ SUBRI CATAT SEJARAH MALAYSIA CALON UTAMA ANUGERAH PUSKAS



KONGSI INFO : Malaysia berbangga dengan ciptaan sejarah baharu bagi sukan tanahair negara apabila Mohd Faiz Subri berjaya mengesahkan tempat dalam senarai tiga calon utama untuk merebut Anugerah Puskas FIFA 2016.



Bermula 21 November 2016 yang lalu, peminat bola sepak di seluruh dunia diberi peluang oleh FIFA untuk membuat pilihan masing-masing dan memutuskan sepakan jaringan siapakah yang bakal dinobatkan oleh FIFA untuk memenangi anugerah ini. Akhirnya, semalam FIFA telah mengumumkan secara rasmi senarai tiga calon terakhir yang berjaya mendapat undian tertinggi daripada 10 senarai awal pemain-pemain yang dicalonkan untuk merebut anugerah ini.



Selain Faiz Subri, calon awal yang turut tersenarai ialah Marlone dari Brazil dan Daniuska Rodríguez, calon wanita tunggal dari Venezuela. FIFA dalam laman sesawang rasminya www.fifa.com berkata, Mohd Faiz yang merupakan calon pertama dari Malaysia telah mencipta sejarah baru PUSKAS. Ini adalah kerana walaupun pertama kali dicalonkan, sepakan ajaib beliau telah berjaya disenaraikan ke peringkat akhir anugerah berkenaan.



Sesi pengundian akan dibuka sekali lagi untuk memilih salah satu daripada tiga sepakan jaringan yang memperolehi undian terbanyak di awal pengundian. Pemenang akan diumumkan dalam satu majlis “The Best FIFA Football Awards” yang akan diadakan di Zurich pada 9 Januari 2017. Undian akan ditutup semasa majlis tersebut berlangsung.



Artikel berkaitan : SENARAI 10 SEPAKAN JARINGAN TERBAIK ANUGERAH PUSKAS FIFA 2016

No comments:

Post a Comment