Sensasi dan Terkini

Saturday, 3 December 2016

HARGA HARTANAH DIRAMALKAN MEROSOT TAHUN 2017





HARGA HARTANAH DIRAMALKAN MEROSOT TAHUN 2017



KONGSI INFO : Harga hartanah diramalkan merosot menjelang tahun 2017 antara RM35 sekaki persegi hingga RM40 sekaki persegi.



Pengerusi Negara PropertyGuru Malaysia, Sheldon Fernandez berkata kemerosotan harga hartanah bagi kediaman bertingkat diramalkan begitu ketara kemerosotannya berbanding hartanah-hartanah lain akibat lebihan tawaran pasaran bagi segmen-segmen tertentu. Beliau berkata harga kediaman dalam lingkungan RM500,000 sehingga RM700,000 pula berkemungkinan besar berdepan masalah penolakan permohonan pinjaman dan secara tidak langsung akan menyebabkan aktiviti jualannya agak perlahan.




"Berdasarkan data terkumpul yang diperoleh daripada statistik rasmi dan Indeks Harga Hartanah PropertyGuru, pasaran hartanah dijangka akan terus lembap pada 2017. Dengan siapnya pembangunan kediaman baharu yang membanjiri pasaran pada 2017, dijangkakan berlaku kejatuhan harga jualan disebabkan kekurangan permintaan. Pemilik kediaman juga dilihat lebih cenderung menjual unit mereka secepat mungkin ekoran kurangnya kuasa pemegangan" - Sheldon Fernandez.




Petikan Sumber : BERITA HARIAN

No comments:

Post a Comment