Sensasi dan Terkini

Wednesday, 7 December 2016

GEMPA BUMI BERUKURAN 6.4 MAGNITUD MENGORBANKAN PENDUDUK ACEH





GEMPA BUMI BERUKURAN 6.4 MAGNITUD MENGORBANKAN PENDUDUK ACEH



KONGSI INFO : Gempa bumi tektonik yang telah menggegarkan kawasan Banda Aceh dan Pidie Jaya pada pukul 5.03 pagi (waktu tempatan) hari ini, dilaporkan oleh media Indonesia setakat ini bahawa sekurang-kurangnya 20 orang tekorban manakala berpuluh-puluh lagi cedera.




Gempa bumi tektonik disebabkan oleh perlepasan tenaga yang terhasil daripada geseran batuan di keretakan memanjang sepanjang batuan sempadan plat tektonik. Tenaga dihasilkan oleh tekanan antara batuan dikenali sebagai kecacatan tektonik. Kesan ini adalah seperti gelang getah ditarik dan dilepaskan dengan tiba-tiba. - WIKIPEDIA




Berdasarkan analisis yang dikeluarkan oleh Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika (BMKG) Indonesia, keputusan menunjukkan gempa bumi tersebut berukuran 6.4 magnitud dengan pusat gempa terletak pada koordinat 96.36 05:19 LU dan BT, pada kedalaman 10, melanda seluruh bahagian di wilayah Aceh, Banda Aceh, Pidie Jaya, Khokseumawe dan Meulaboh. Walau bagaimanapun, gempa bumi tersebut tidak akan mengakibatkan kejadian tsunami berlaku.

No comments:

Post a Comment