Sensasi dan Terkini

Thursday 22 December 2016

JOHOR SASARAN PELANCONG TAHUN MELAWAT ASEAN 2017



KONGSI INFO : Datuk Tee Siew Kiong, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan Negeri Johor berkata Tahun Melawat ASEAN 2017 akan menjadi platform kepada ejen dan pemain industri pelancongan untuk meningkatkan jumlah kedatangan pelancong ke negeri Johor dengan memperkenalkan pakej produk lebih dinamik.


Jelas beliau lagi, peluang itu perlu diambil memandangkan Johor mempunyai produk pelancongan yang lengkap, selain menjadi tumpuan pelancong di Asia Tenggara pada masa kini. Justeru itu, kerajaan negeri turut melaksanakan beberapa langkah termasuk melancarkan siri promosi Xplore Johor ke negara yang mempunyai penerbangan terus dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTAS), memperkukuhkan jaringan kerjasama dalam sektor pelancongan dengan negara ASEAN lain, dan mempelbagaikan produk tarikan pelancong seperti Taman Tema Hello Kitty, Johor Premium Outlet (JPO), Legoland Malaysia dan Taman Aktiviti Angry Bird Johor Bahru.

Misi Xplore Johor tersebut telah menetapkan sasaran untuk meningkatkan jumlah pelancong ke Johor seramai 121 juta kedatangan pelancong ke negara ASEAN menjelang akhir 2017. Dengan adanya pelbagai produk pelancongan yang menjadi daya tarikan di Johor, sememangnya ia diyakini mampu menyumbang kepada peningkatan jumlah pelancong ke Malaysia secara amnya.

Petikan Sumber : BERITA HARIAN

No comments:

Post a Comment