KOTA BELUD TRAIL LALUAN ALTERNATIF KE PUNCAK GUNUNG KINABALU SABAH
KONGSI INFO : Laluan pendakian baharu ke puncak Gunung Kinabalu yang dinamakan sebagai “Kota Belud Trail” akan dibuka kepada orang awam mulai hari ini. Majlis pelancaran pembukaan laluan ini disempurnakan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Seri Masidi Manjun.
Laluan baharu sejauh 1.1 kilometer tersebut yang merupakan laluan alternatif ke Gunung Kinabalu. Sebelum ini, para pendaki menggunakan laluan Ranau sebelum laluan Kota Belud Trail dibuka secara rasmi. Kota Belud Trail merupakan tarikan baharu para pendaki kerana dikatakan bakal memberikan pengalaman berbeza berikutan laluan itu dibina dengan menerapkan konsep pendakian lasak dan mencabar serta menyajikan pemandangan dan persekitaran indah sepanjang pendakian.
Kredit Video : MURPHY NG
Pendakian Gunung Kinabalu pernah dihentikan sementara berikutan kejadian gempa bumi yang mengorbankan 18 nyawa termasuk pendaki dan malim gunung pada 5 Jun, tahun lalu. Bagaimanapun, selepas kejadian itu, pihak Taman-Taman Sabah (TTS) bersama pelbagai pihak lain mula 'menstrukturkan' semula pendakian ke puncak dengan membina laluan baharu sehinggalah ia dibuka semula pada 1 Disember 2015.
Seramai 32,550 orang dikatakan telah mendaki Gunung Kinabalu sepanjang tempoh Januari hingga Oktober tahun ini.
No comments:
Post a Comment