Sensasi dan Terkini

Thursday 12 January 2017

EMPAT KESALAHAN UTAMA RASUAH BERDASARKAN AKTA SPRM 2009 (AKTA 694) DI MALAYSIA



KONGSI INFO : Tahukah anda bahawa perlakuan mendorong seseorang dengan pemberian sesuatu suapan (seperti wang, hadiah, bonus, undi, perkhidmatan, jawatan upah, diskaun dan lain-lain) sebagai upah atau balasan kerana melakukan sesuatu perbuatan yang berkaitan dengan tugas rasmi atau bukan rasmi itu adalah merupakan kesalahan RASUAH?

Sebagai contoh, seorang kontraktor telah menghadiahkan sebuah banglo mewah kepada seseorang pegawai kerana telah meluluskan projek kepada syarikat milik kontraktor berkenaan. Sehubungan itu, kontraktor dan pegawai tersebut boleh didakwa atas kesalahan memberi & menerima rasuah.

Kes terbaharu di mana seorang Penolong Pegawai Tanah di Pejabat Tanah Daerah (PTD) Johor Bahru telah disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan dituduh di Mahkamah Sesyen Johor Bahru hari ini berhubung kesalahan menerima rasuah berjumlah RM150,000 daripada seorang pengarah urusan syarikat.


Berdasarkan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta SPRM 2009) (Akta 694), terdapat empat kesalahan rasuah yang utama iaitu:

  • Meminta/Menerima Rasuah [Seksyen 16 & 17(a) Akta SPRM 2009]

  • Menawar/Memberi Suapan [Seksyen 17(b) Akta SPRM 2009]

  • Mengemukakan Tuntutan Palsu [Seksyen 18 Akta SPRM 2009]

  • Menggunakan Jawatan/Kedudukan untuk Suapan Pegawai Badan Awam [Seksyen 23 Akta SPRM 2009]

PERTAMA : Kesalahan Meminta/Menerima Rasuah
[Seksyen 16 & 17(a) Akta SPRM 2009]




KEDUA : Kesalahan Menawar/Memberi Suapan
[Seksyen 17(b) Akta SPRM 2009]



KETIGA : Kesalahan Mengemukakan Tuntutan Palsu
[Seksyen 18 Akta SPRM 2009]



KEEMPAT : Kesalahan Menggunakan Jawatan/Kedudukan
[Seksyen 23 Akta SPRM 2009]




PENALTI BAGI KESALAHAN-KESALAHAN RASUAH


Berdasarkan kepada Seksyen 24(1) Akta SPRM 2009, mana-mana orang yang melakukan kesalahan di bawah Seksyen 16, 17, 20, 21, 22 dan 23 apabila disabitkan boleh —

  1. dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua puluh tahun; dan

  2. didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan yang menjadi hal perkara kesalahan itu jika suapan itu dapat dinilai atau berbentuk wang, atau sepuluh ribu ringgit, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Manakala, peruntukan Seksyen 24(2) Akta SPRM 2009 pula, mana-mana orang yang melakukan kesalahan di bawah Seksyen 18 apabila disabitkan boleh —

  1. dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua puluh tahun; dan

  2. didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai butir matan yang palsu atau  silap  itu  jika butir matan yang palsu atau silap itu dapat dinilai atau berbentuk wang, atau sepuluh ribu ringgit, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

No comments:

Post a Comment