Sensasi dan Terkini

Wednesday 11 January 2017

BEBAN GURU BERKURANGAN MULAI 2017, KOMPETENSI DAN POTENSI DIPERTINGKATKAN



KONGSI INFO : Berita baik kepada para guru di Malaysia. Ini berikutan kenyataan Menteri Pendidikan, Mahdzir Khalid berkenaan langkah pengurangan beban tugas para guru menerusi pembahagian tugas yang dijalankan mulai tahun 2017, yang mana guru kelas dan guru akademik biasa hanya perlu menguruskan Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) dan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS-Offline) sahaja, disamping menjalankan tugasan hakiki.


Perkara ini dimaklumkan semasa beliau menyampaikan Perutusan Tahun Baharu 2017 Kementerian Pendidikan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Menurut beliau lagi, aplikasi yang membabitkan operasi sekolah seperti Sistem Pengurusan Maklumat Pendidikan (EMIS) dan Sistem Pendaftaran Dalam Talian akan dilaksanakan oleh guru-guru yang dilantik sahaja seperti guru data dan setiausaha peperiksaan.

Selain itu, Pelan Induk Pembangunan Profesionalisme Keguruan juga telah dibangunkan sebagai panduan dan motivasi kepada mereka bagi meningkatkan kompetensi dan potensi guru.

Pembangunan profesionalisme keguruan merupakan keperluan dalam usaha memantapkan keupayaan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) melaksanakan tugas dengan cekap dan berkesan dalam pelbagai peringkat kerjaya.

Pelan Induk Pembangunan Profesionalisme Keguruan (PIPPK) yang dibangunkan merupakan dokumen bagi membantu PPP merancang pembangunan kerjaya dan Pembangunan profesionalisme berterusan. PIPPK bersifat fleksibel untuk memenuhi keperluan kompetensi individu, keperluan organisasi dan standard semasa yang dilaksanakan secara sistematik dan bersepadu.

Tahniah Kementerian Pendidikan Malaysia !!!

No comments:

Post a Comment