Sensasi dan Terkini

Saturday, 28 January 2017

VIRAL ISU BERAS PALSU DI PASARAN MALAYSIA DIDAPATI PALSU



KONGSI INFO : Sejak kebelakangan ini, heboh diperkatakan di media sosial bahawa isu beras palsu yang dihasilkan daripada plastik sintetik telah memasuki pasaran Malaysia sehingga membuatkan rakyat di negara ini bimbang tentang kesahihan perkara tersebut. Beras palsu tersebut dikatakan berasal daripada negara China dan dikhabarkan telah memasuki pasaran negara jiran iaitu di Indonesia dan Singapura.


Jenama beras palsu yang didakwa dihasilkan daripada plastik dan dijual di negara ini dikatakan berjenama Kokeshi Rice, Kohinoor Basmati Rice dan NICR.RICE.

Walau bagaimanapun, perkara ini telah dinafikan kesahihannya oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan juga Padiberas Nasional Berhad (BERNAS). KKM dan BERNAS telah mengesahkan bahawa Malaysia tidak mengimport jenis beras dengan jenama terbabit dan beras yang didakwa dihasilkan daripada plastik tidak dijual di negara ini.


Seperti yang telah dimaklumkan oleh BERNAS, beras yang diimport ke negara ini kebiasaannya adalah daripada negara Vietnam, Thailand dan Pakistan. Kesemua beras tersebut telah diimport secara pukal dan akan dibungkus di negara ini dalam pelbagai saiz bungkusan.

KKM juga menasihatkan orang ramai tidak merasa khuatir dan ragu-ragu tentang pasaran beras yang diimport ke negara ini. KKM akan sentiasa melakukan aktiviti pemantauan dan penguatkuasaan keselamatan makanan bagi memastikan semua makanan yang berada di pasaran negara ini adalah selamat dan tidak membahayakan kesihatan pengguna.

INFO MENGENAI BERAS PALSU

Sekilas pandang diperhatikan antara beras plastik dan beras asli ini sememangnya seakan-akan tidak ada bezanya.Kebanyakan media sosial menggambarkan beras palsu tersebut seakan-akan sama seperti beras asli. Walau bagaimanapun, beras palsu tersebut masih dapat dibezakan dengan melihat kepada warna, bentuk dan keadaan beras apabila dimasak.


Beras palsu dikatakan kelihatan berkilat dan tidak berwarna putih seperti beras asli serta bersaiz panjang yang sama. Beras palsu juga didapati berbau hangit, licin seperti plastik dan tidak mengembang kerana tidak menyerap air apabila dimasak. Adakalanya akan menjadi lembik seperti kanji ketika dimasak dan mengeras serta kering apabila dikeluarkan.


UJIAN BAGI MEMBEZAKAN BERAS ASLI DAN BERAS PALSU

Langkah 1: Sediakan seterika elektrik yang telah dipanaskan.

Langkah 2: Ambil segenggam beras untuk dijadikan bahan ujian.

Langkah 3: Letakkan beras tersebut diatas dulang/talam.

Langkah 4: Letakkan seterika yang telah dipanaskan ke atas beras.


HASIL UJIAN

Jika beras melekat pada permukaan seterika dan berbau hangit, maka boleh dipastikan bahawa beras tersebut adalah beras palsu. Beras asli tidak akan melekat dan tidak berbau hangit.

No comments:

Post a Comment