Sensasi dan Terkini

Tuesday 24 January 2017

PELANCARAN 4 MODEL BARU MOTOSIKAL BERKUASA TINGGI KAWASAKI DI MALAYSIA BAKAL DI PASARAN PADA SUKU TAHUN 2017



KONGSI INFO : Berita baik bagi peminat motosikal berkuasa tinggi berikutan pengumuman Kawasaki Motors (Malaysia) Sdn. Bhd. (KMSB) mengenai pelancaran empat model baru motosikal Kawasaki untuk pasaran di Malaysia. Model-model tersebut iaitu model Kawasaki Ninja Z900 ABS, Z650 ABS, Ninja 650 ABS dan Versys-X 250 diperkenalkan bagi memenuhi keperluan pasaran pengguna motosikal berkuasa tinggi tempatan.

Semua model didatangkan dengan ciri Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) sebagai ciri standard kecuali Versys-X dengan jaminan pengeluar selama dua tahun atau 20,000 kilometer yang mana lebih dahulu.


Jangkaan harga yang diberi oleh KMSB untuk model Z900 ABS ialah di bawah RM58,000, Ninja 650 ABS (di bawah RM38,000), Z650 ABS (di bawah RM37,000) dan Versys-X 250 di bawah harga RM25,000 bakal berada di pasaran pada suku tahun pertama 2017.



Kawasaki Z900 ABS baru dengan enjin 948cc sejukan cecair empat lejang dengan empat silinder sebaris merupakan model ‘Z Supernaked’ agresif. Jangkaan harga yang diberi untuk model Kawasaki Z900 ABS ialah di bawah RM58,000.



Kawasaki Z650 sesuai untuk penunggang baru yang ingin beralih kepada jentera berkapasiti lebih besar dengan pengendalian yang lebih ideal untuk tunggangan prestasi atau kegunaan harian. Jangkaan harga yang diberi untuk model Kawasaki Z650 ABS ialah di bawah RM37,000.



Kawasaki Ninja 650 ABS serba baru mempunyai enjin berkembar selari dengan casis ringan yang dikuasakan 649cc dengan prestasi sporty. Jangkaan harga yang diberi untuk model Kawasaki Ninja 650 ABS ialah di bawah RM38,000.


Manakala model Kawasaki Versys-X 250 model touring yang sesuai untuk digunakan di pelbagai permukaan jalan dengan prestasi sebuah jentera silinder berkembar 249cc. Jangkaan harga yang diberi untuk model Kawasaki Versys-X 250 ialah di bawah RM25,000.





No comments:

Post a Comment