Sensasi dan Terkini

Wednesday 15 February 2017

PERATUSAN CALON MEMPEROLEHI GRED 'A' BAGI SEMUA MATA PELAJARAN UJIAN PENILAIAN KELAS KAFA (UPKK) 2016 MENINGKAT



KONGSI INFO : Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom mengumumkan bahawa seramai 46,461 atau 23.9 peratus calon yang menduduki Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) tahun lepas mencatat keputusan 8A dalam semua mata pelajaran iaitu Amali Solat; Penghayatan Cara Hidup Islam; Bidang Al-Quran; Ulum Syari'ah (Akidah dan Ibadah); Jawi dan Khat; Sirah; Adab (Akhlak Islamiah) dan Lughatul Quran.

Menurut beliau, kejayaan kali ini adalah merupakan satu peningkatan peratusan berbanding tahun sebelumnya iaitu sebanyak 4 peratus serta mengekalkan kelulusan 100 peratus bagi tiga tahun berturut-turut sejak tahun 2014.












Mata pelajaran Amali Solat dan Penghayatan Cara Hidup Islam mencatatkan kadar kelulusan tertinggi iaitu 99.9 peratus, diikuti Bidang Al-Quran (99.6 peratus); Jawi dan Khat (94.23 peratus); Lughatul Quran (91.83 peratus); Adab (90.48 peratus); Ulum Syari'ah (87.95 peratus) dan Sirah (83.61 peratus).


Keputusan UPKK kini boleh disemak secara dalam talian di http://semakan.islam.gov.my atau menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) di MySMS 15888 bermula jam 11.00 pagi. Manakala pernyataan keputusan boleh diperoleh di sekolah masing-masing bermula jam 3.00 petang hari ini.

No comments:

Post a Comment