Sensasi dan Terkini

Saturday 11 February 2017

NEPAL BAKAL SEDIAKAN KEMUDAHAN JALUR LEBAR TANPA WAYAR (WIFI) PERCUMA KEPADA PENDAKI GUNUNG EVEREST



KONGSI INFO : Pihak Berkuasa Nepal mengumumkan bakal menyediakan kemudahan perkhidmatan jalur lebar tanpa wayar (WiFi) secara percuma kepada para pendaki Gunung Everest. Perkhidmatan WiFi percuma tersebut akan diletakkan di sepanjang laluan daripada Lukla ke Everest Base Camp di Gunung Everest iaitu pada ketinggian 17,600 kaki di atas paras laut.

Secara tidak langsung, lokasi-lokasi tersebut boleh diiktiraf sebagai lokasi tertinggi di dunia yang menyediakan kemudahan perkhidmatan jalur lebar tanpa wayar (WiFi) secara percuma kepada para penggunanya.

Sekilas info : Edmund Hillary dan Tenzing Norgay adalah merupakan pendaki pertama sampai ke puncak Gunung Everest setinggi 29,000 kaki pada tahun 1953.



Pelaksanaan projek tersebut, dijangka akan merancakkan lagi industri pelancongan di negara Nepal dengan peningkatan jumlah pengunjung terutamanya pendaki-pendaki ke Gunung Everest yang mana ketika ini menerima lebih 35,000 kunjungan setahun.

Dimaklumkan bahawa perkhidmatan WiFi percuma ini telah lama disediakan di Gunung Everest, tetapi terhad untuk satu jam pertama sahaja. Untuk tambahan jam penggunaan WiFi berikutnya, pendaki akan dikenakan bayaran sekitar $5 setiap jam oleh penyedia perkhidmatan WiFi di Gunung Everest.


Menurut Lembaga Telekomunikasi Nepal (NTA), mereka perlu menggunakan kabel khas 'Model Okumura' iaitu gentian optik yang boleh menahan kesejukan dan angin di atas Everest berikutan kesukaran yang dihadapi untuk meletakkan kabel telekomunikasi yang lebih tinggi naik ke Gunung Everest.


Mereka juga bercadang untuk memperkenalkan satu sistem pemancar jalur lebar tanpa wayar untuk menghantar dan menerima isyarat melalui gelombang mikro sekiranya berlaku keadaan-keadaan tertentu seperti cuaca buruk dan sebagainya. Tambahan pula, Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) dimaklumkan positif terhadap cadangan tersebut.

No comments:

Post a Comment