Sensasi dan Terkini

Friday 7 July 2017

WARGA TEMPATAN MALAYSIA DIKECUALIKAN CUKAI PELANCONGAN INAP DI PREMIS PENGINAPAN TARAF TIGA BINTANG KE BAWAH



KONGSI INFO : Cukai Pelancongan yang sepatutnya dilaksanakan pada 1 Julai tahun ini, selepas Rang Undang-undang (RUU) Cukai Pelancongan 2017 diluluskan di Parlimen Malaysia pada April lepas telah ditangguhkan ke 1 Ogos ini berikutan Jabatan Kastam Diraja Malaysia dimaklumkan belum bersedia melaksanakannya.

Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia berkata kerajaan bakal mengumpul RM654.62 juta hasil daripada cukai tersebut dan pelaksanaan Cukai Pelancongan yang akan dikenakan kepada pengguna telah ditetapkan kadar di antara RM2.50 dan RM20 berdasarkan penarafan premis penginapan.


Premis penginapan lima bintang akan dikenakan Cukai Pelancongan sebanyak RM20 bagi setiap malam; empat bintang (RM10); tiga hingga empat bintang (RM5); dan premis penginapan tiada penarafan (RM2.50).

Nazri berkata rakyat Malaysia yang menginap di hotel bertaraf tiga bintang dan ke bawah tidak akan dikenakan Cukai Pelancongan yang akan dilaksanakan 1 Ogos ini. Turut terlibat dengan pengecualian cukai tersebut ialah pelancong asing yang sudah membuat tempahan penginapan dengan ejen pelancongan di negara ini untuk tempoh hingga 31 Mac 2018.



Beliau berkata kelonggaran untuk warga tempatan menunjukkan timbang rasa kerajaan terhadap golongan kurang mampu dan pengecualian tersebut dilakukan dengan kuasa Menteri yang tertakluk di bawah RUU Cukai Pelancongan 2017.

Selain itu beliau turut mengulas mengenai bantahan Sabah dan Sarawak mengenai pelaksanaan cukai itu dan mengulangi bahawa kutipan untuk tujuan promosi industri pelancongan domestik akan dibahagi kepada tiga bahagian iaitu Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

No comments:

Post a Comment