Sensasi dan Terkini

Friday 22 December 2017

CARA PENGIRAAN TURUN NAIK HARGA MINYAK DI MALAYSIA SETIAP MINGGU YANG PERLU ANDA TAHU



KONGSI INFO : Ramai tertanya-tanya di kala harga minyak dunia masih belum stabil, mengapa harga minyak di Malaysia naik. Sebenarnya harga minyak yang digunakan di Malaysia adalah berdasarkan MOPS (Mean of Platts Singapore) dan bukannya NYMEX (New York).


Harga MOPS adalah lebih mahal berbanding NYMEX kerana harga yang didagangkan ialah untuk refined oil. Sebagai perbandingan, harga WTI NYMEX pada 15/11/2017 ialah  55.04 dollar manakala MOPS untuk RON97 unleaded pada 15/11/2017 ialah 66.789 dollar.

Walau bagaimanapun, dagangan harga minyak berkenaan adalah dalam USD, justeru walaupun harga minyak masih bergelut untuk pulih, kejatuhan ringgit sejak belakangan ini turut memberi impak kepada harga pasaran di Malaysia. Pengiraan harga minyak di Malaysia adalah seperti berikut:

MOPS + Kos Operasi + Alpha + Keuntungan Syarikat + Keuntungan Stesen Minyak = Harga Sebenar Petrol

MOPS + 9.58 sen + 5 sen + 5 sen + 12.19 sen = harga pasaran sebenar petrol di Malaysia

Kos operasi, Alpha, keuntungan syarikat dan keuntungan stesen minyak adalah ditetapkan oleh Kerajaan pada nilai tersebut.

Andaikan harga MOPS semasa RM2.335. Maka pengiraan harga minyak adalah seperti berikut:

RM2.335 + RM0.0958 + RM0.05 + RM0.05 + RM0.1219 = RM2.653 (harga baharu dengan mengambil kira kebarangkalian naik turun harga minyak dan tukaran wang setiap minggu.

#Share
#FaktaHargaMinyak
#NotaHargaMinyak

No comments:

Post a Comment