KONGSI INFO : Banyak persoalan timbul dan segelintirnya
masih ragu-ragu untuk menggunakan garam dalam masakan kerana khuatir timbul
pelbagai penyakit akibat penggunaan garam. Tahukah anda, garam adalah
sebaik-baik makanan dan penawar kepada segala penyakit.
Sangat bertentangan dengan dunia perubatan dewasa ini yang
mengatakan bahawa penggunaan garam dalam makanan boleh menyebabkan pelbagai
penyakit seperti darah tinggi, dehidrasi pada tubuh badan, pereputan tulang dan
menyebabkan masalah pada hempedu. Namun hal tersebut tidak akan berlaku
sekiranya anda mengetahui bagaimana untuk menggunakan garam dengan kadar yang
betul dan bersesuaian.
GARAM TIDAK BOLEH DIMASAK
Kebanyakan orang ketika memasak kebiasaannya akan memasukkan garam ke dalam masakan ketika masakan sedang mendidih atau panas. Tahukah anda? Hal tersebut akan menyebabkan garam menjadi racun / toksik sekiranya garam tersebut dimasak dengan cara sebegini.
Garam akan menyebabkannya ianya berasid dan membahayakan kesihatan serta mengundang pelbagai penyakit. Selain itu kandungan iodium pada garam juga akan hilang dengan percuma dan ianya juga sangat bermanfaat untuk kesihatan tubuh badan kita.
Iodium diperlukan tubuh terutama untuk sintesis hormon tiroksin, iaitu suatu hormon yang dihasilkan oleh kelenjar tiroid yang sangat diperlukan untuk proses pertumbuhan, perkembangan, dan kecerdasan.
Jika keperluan tersebut tidak dipenuhi dalam jangka masa yang lama, kelenjar tiroid akan membesar untuk memerangkap iodium yang lebih banyak dari darah. Pembesaran kelenjar tiroid tersebut juga dikenali sebagai penyakit beguk.
Jadi, cara yang betul penggunaan garam dalam masakan sebaik-baiknya masaklah makanan yang ingin dimasak itu sehingga selesai. Garam ditambah dalam masakan apabila makanan atau kuah masakan (sekiranya ada) sudah beransur sejuk.
No comments:
Post a Comment