Sensasi dan Terkini

Saturday, 30 December 2017

TRANSFORMASI PENDIDIKAN KINI TIDAK MENILAI PELAJAR BERDASARKAN KEPINTARAN IQ SEMATA-MATA TETAPI SECARA MENYELURUH



KONGSI INFO : Anda ada anak Tahun 6 tahun depan? Info ini yang perlu anda tahu. Kecoh juga hari ini bila agak ramai calon UPSR 2017 yang mendapat 6A tetapi gagal permohonan kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP). Apa yang lebih pelik, calon yang hanya mendapat 2A berjaya ke SBP, manakala calon mendapat 1A diterima masuk ke Sekolah Kawalan.


Sebenarnya, Kerajaan telah mula melaksanakan fasa kedua Tranformasi Pendidikan. Pelajar-pelajar di sekolah tidak lagi dinilai berdasarkan kepintaran IQ semata-mata, tetapi dinilai secara keseluruhan. Sesuai dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menitik beratkan semua aspek termasuk Intelek, Emosi, Rohani dan Jasmani.

Rata-rata pelajar-pelajar yang gagal ke SBP hanya bijak di atas kertas sahaja, tetapi penglibatan diri dalam sukan amatlah kurang. Pelajar-pelajar  lain walaupun hanya mendapat 2A dan 3A sahaja tetapi aktif bersukan hingga mewakili daerah dan negeri, kebanyakkannya telah diterima masuk ke SBP.

Apa itu Sekolah Kawalan?


Sekolah kawalan ada 6 jenis semuanya. Antaranya, Kelas Rancangan Khas (KRK) yang diwujudkan untuk menampung pelajar cemerlang yang tidak dapat masuk ke SBP dan MRSM disebabkan tiada lagi kekosongan.


Dulu, hanya pelajar-pelajar yang mendapat keputusan cemerlang 5A dan 6A sahaja diterima masuk ke KRK. Namun, bermula tahun ini pelajar-pelajar yang aktif bersukan, banyak mewakili sekolah, daerah dan negeri dalam pantun, sajak, sukan dan sebagainya juga layak walaupun keputusan UPSR mereka hanya mendapat 1A sahaja.

Nampak gayanya, Kerajaan kini serius melaksanakan program Tranformasi Pendidikan yang digubal. Bukan sekadar omong kosong, bukan sekadar atas kertas sahaja. Jadi kita jangan ketinggalan dan kena tahu hal semasa seperti ini.

Syarat utama untuk mohon ke SBP dan MRSM hari ini tidak lagi bergantung pada bilangan A yang banyak. Keaktifan dalam bidang kokurikulum telah menjadi salah satu kriteria utama dalam pemilihan pelajar SBP.


Pendek kata, selain menasihati anak-anak supaya belajar bersungguh-sungguh dan tidak hanya menjadi ulat buku, seharusnya juga mereka digalakkan untuk aktif bersenam, bersukan dan melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti di sekolah. Jangan hanya menjadi ulat buku, sebaliknya kena aktif juga dalam program sekolah yang lain agar peluang mereka ke SBP dan MRSM lebih cerah.

Oleh itu, seharusnya kita sebagai ibu bapa mengambil berat tentang aspek-aspek yang dinilai ini. Kita bukan sahaja mahu melahirkan generasi yang bijak otaknya, bahkan kecergasan dan kemahiran lain juga dititik beratkan. Positifnya, ini merupakan satu perkembangan dan transformasi yang bagus dalam dunia pendidikan khususnya kepada generasi baharu.

Sumber : #MFS - Grup PM DTP KPM

No comments:

Post a Comment