Sensasi dan Terkini

Thursday 28 December 2017

CARA DAFTAR DENGAN PORTAL MYASNB DAN SEMAK BAKI SIMPANAN AMANAH SAHAM BUMIPUTERA (ASB) SECARA ONLINE



KONGSI INFO : Terkini, Amanah Saham Bumiputra (ASB) tidak lagi menggunakan buku akaun untuk tambah pelaburan, keluar duit atau kemaskini. Semua semakan ASB boleh dibuat secara online. Sehubungan itu, tiada lagi cetakan rekod transaksi dan juga baki terkini dalam buku akaun ASB masing-masing.

Walau bagaimanapun semakan masih lagi boleh dilakukan di kaunter dan juga secara online melalui Portal MyASNB. Bukan hanya ASB, malah portal ini memberi akses kepada kesemua produk unit amanah ASNB iaitu ASB, ASB2, ASW 2020, ASM, AS1M, ASD, ASN, ASN2, ASN3 dan ASG.

Untuk mengakses perkhidmatan online yang ditawarkan MyASNB, anda hendaklah terlebih dahulu mendaftar sebagai pengguna MyASNB menerusi laman web ASNB di www.myasnb.com.my

Cara Mendaftar Dengan Portal MyASNB



Ikuti langkah-langkah berikut untuk mendaftar akaun MyASNB:


  1. Pergi ke mana-mana cawangan atau ejen ASNB.

  2. Kemaskini nombor telefon bimbit dan dapatkan nombor ahli baharu 12 digit.

  3. Nombor telefon diperlukan untuk menerima Kod Pengesahan Transaksi (TAC) semasa mendaftar.

  4. Pergi ke www.myasnb.com.my/.

  5. Skrol ke bawah dan klik pada butang hijau "DAFTAR DI SINI".

  6. Ikuti langkah-langkah seperti di arahkan untuk mendaftar.

  7. Setelah selesai pendaftaran, kata laluan sementara akan diberikan.

  8. Lakukan log masuk kali pertama dengan menggunakan ID Pengguna yang anda daftarkan dan kata laluan sementara.

  9. Tukar kata laluan kepada yang baharu.

  10. Akhir sekali, log masuk menggunakan kata laluan baharu untuk mula mengakses perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkan oleh myASNB.

Senarai Perkhidmatan Online MyASNB


Berikut adalah diantara servis yang ditawarkan oleh portal MyASNB:


  1. Kedudukan Pegangan Portfolio – memaparkan baki unit berserta nilai terkini bagi pelaburan tunai setiap produk amanah ASNB anda. Status pegangan pelaburan melalui sijil dan pelaburan melalui KWSP boleh disemak pada penyata akaun yang boleh dimuat turun (lihat no 5).

  2. Rekod Transaksi – memaparkan butiran urusniaga unit amanah ASNB anda yang dilaksanakan melalui Portal MyASNB sepanjang 90 hari yang lalu.

  3. Status Transaksi – memaparkan status transaksi-transaksi yang dilaksanakan melalui Portal MyASNB sepanjang 90 hari yang lalu.

  4. Pelaburan Tambahan – melaksanakan pelaburan tambahan bagi tabung-tabung unit amanah ASNB secara atas talian.

  5. Muat turun penyata akaun (account statements) – penyata tahunan untuk setiap jenis unit amanah, penyata pegangan (termasuk pegangan dalam bentuk sijil dan pelaburan dari KWSP), penyata urusniaga terperinci dan EPF Quarterly Statement.

  6. Kemaskini maklumat peribadi.

Semoga maklumat mengenai cara menyemak transaksi dan baki akaun bagi produk-produk Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) berguna buat para pembaca.

No comments:

Post a Comment