Sensasi dan Terkini

Saturday, 26 November 2016

DOA QUNUT NAZILAH SENJATA UMAT ISLAM





DOA QUNUT NAZILAH SENJATA UMAT ISLAM



KONGSI INFO : Qunut nazilah merupakan salah satu daripada tiga jenis qunut yang sunat dibaca dalam solat mengikut mazhab syafie selain qunut dalam solat subuh dan qunut pada separuh malam kedua terakhir dalam solat witir di bulan Ramadhan.



Qunut nazilah sunat dibacakan ketika umat Islam didatangi bala bencana atau ditimpa musibah seperti ketakutan, ditimpa wabak, diserang belalang dan sebagainya. Qunut ini tidak dibacakan jika umat Islam tidak didatangi dengan cubaan-cubaan seperti ini.



Qunut ini pernah dibacakan oleh Rasulullah ketika kejadian pembunuhan beramai-ramai penghafaz al-Quran selama sebulan berdasarkan hadis yang bermaksud "Sesungguhnya Nabi sallallahu`alaihiwasallam telah membaca doa qunut pada waktu selain dari Subuh ketika turunnya sewaktu pembunuhan sahabat-sahabatnya penghafaz-penghafaz al-Quran (riwayat oleh Bukhari dan Muslim)."



Tatacara bacaan qunut nazilah adalah seperti berikut:




  1. Qunut ini boleh dibacakan pada tiap-tiap sembahyang fardhu jika kedatangan bala.

  2. Qunut ini dibacakan pada waktu iktidal selepas ruku’ pada rakaat terakhir.

  3. Sunat ditambah bacaan doa ini selepas bacaan qunut harian.

  4. Disunatkan kepada Imam untuk membacanya secara kuat dan diaminkan oleh makmum dalam solat yang berjemaah.

  5. Sebagai peringatan, qunut nazilah hanya dibacakan apabila manusia ditimpa sesuatu musibah. Maka, solat fardhu selain solat subuh tidak dibaca qunut melainkan jika berlaku sesuatu perkara buruk.



Lafaz doa qunut nazilah adalah seperti berikut:







Maksudnya : “ Ya Allah, sesungguhnya kami bermohon pertolongan Mu, kami meminta ampun kepada Mu, kami memohon petunjuk dari Mu, kami beriman kepada Mu, kami berserah kepada Mu dan kami memuji Mu dengan segala kebaikan, kami mensyukuri dan tidak mengkufuri Mu, kami melepaskan diri daripada sesiapa yang durhaka kepada Mu.



Ya Allah, Engkau yang kami sembah dan kepada Engkau kami bersalat dan sujud, dan kepada Engkau jualah kami datang bergegas,kami mengharap rahmat Mu dan kami takut akan azab Mu kerana azab Mu yang sebenar akan menyusul mereka yang kufur.



Ya Allah, Muliakanlah Islam dan masyarakat Islam. Hentikanlah segala macam kezaliman dan permusuham, Bantulah saudara-saudara kami di mana sahaja mereka berada. Angkatlah dari mereka kesusahan, bala, peperangan dan permusuhan.



Ya Allah, selamatkanlah kami dari segala keburukan dan janganlah Engkau jadikan kami tempat turunnya bencana, hindarkanlah kami dari segala bala kerana tidak sesiapa yang dapat menghindarkannya melainkan Engkau, ya Allah.”



SUMBER INFO : MASJID WILAYAH PERSEKUTUAN

No comments:

Post a Comment