Sensasi dan Terkini

Saturday 26 November 2016

GEMPAR ORANG ASLI DIJANGKITI MALARIA





GEMPAR ORANG ASLI DIJANGKITI MALARIA



KONGSI INFO : Baru-baru ini negara gempar apabila diberitakan bahawa terdapat beberapa orang penduduk Orang Asli di Pos Kemar, Gerik dikesan positif malaria spesis Plasmodium vivax (P. vivax). Berikutan dari pengesanan kes malaria tersebut, Jabatan Kesihatan Negeri Perak dan Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Perak telah memulakan saringan terhadap kontak dan semua penduduk dalam lingkungan 2 kilometer radius daripada tempat di mana kes itu berlaku.



Sedikit pengkongsian info mengenai malaria. Bagaimanakah penyebaran wabak malaria boleh berlaku? Malaria disebabkan oleh parasit kuman malaria yang dibawa oleh nyamuk tiruk atau 'anopheles'. Penyakit ini biasanya berlaku di kawasan luar bandar dan kawasan pedalaman di perkampungan orang asli. Ia hidup membiak di kawasan air jernih yang terdedah kepada sinaran matahari seperti kawasan sawah padi, anak sungai, di lereng bukit, di kawasan takungan air dan sebagainya. Nyamuk ini hanya menggigit pada waktu senja sehingga tengah malam. Parasit malaria yang dibawa oleh nyamuk tiruk akan hidup di dalam sel-sel darah merah pesakit yang akan merosakkan saluran otak, hati dan buah pinggang. Hal ini akan menyebabkan perubahan fungsi limpa seperti kurang darah, keguguran, kematian janin dan kurang berat badan terutamanya ibu yang sedang mengandung.



Apakah gejala-gejala yang ada pada pesakit malaria? Ciri-ciri klinikal malaria ini bergantung kepada beberapa faktor seperti jenis sepsis penyakit, ketahanan badan pesakit dan kepadatan jangkitan. Kejadian yang sering berlaku kepada pesakit malaria adalah demam berperingkat-peringkat dengan rasa sejuk kemudian panas dan diakhiri dengan berpeluh dan rasa sihat. Pusingan tahap ini akan berlaku kepada pesakit malaria selagi tidak mendapat rawatan yang sempurna. Tidak semua orang boleh dijangkiti malaria kecuali mereka yang terdedah kepada gigitan nyamuk tiruk seperti tinggal di rumah yang terdedah kepada kemasukan nyamuk, rumah yang terletak di kawasan hutan atau berhampiran, melakukan aktiviti di luar rumah pada waktu senja dengan tidak memakai baju yang terdedah kepada gigitan nyamuk.



Apakah tindakan anda apabila disyaki menghidap demam malaria? Apabila demam, segeralah ke pos kesihatan atau klinik yang berhampiran untuk pemeriksaan darah bagi pengesanan awal demam malaria. Makan ubat sebagai mana yang dinasihatkan oleh doktor. Berikan kerjasama kepada kakitangan kesihatan untuk menyembur rumah anda dengan ubat semburan anti nyamuk malaria. Tidur dalam kelambu berubat bagi mengelak gigitan nyamuk. Ingat, malaria boleh mengakibatkan kesengsaraan dan kematian. Mencegah dan mengawal malaria adalah tanggungjawab kita bersama. Bertindaklah dengan bijak, utamakan kesihatan.



Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia

No comments:

Post a Comment