Sensasi dan Terkini

Friday 25 November 2016

PROTON ERTIGA MPV TERBAHARU PROTON





PROTON ERTIGA MPV TERBAHARU PROTON



KONGSI INFO : Model terbaharu Proton Holdings Bhd (Proton) iaitu Proton Ertiga telah dilancarkan di Pusat Konvensyen Setia Alam, Shah Alam, Selangor pada 24 November 2016. Proton Ertiga adalah model pertama hasil kerjasama Proton dan Suzuki Motor Corporation Japan. Selain menawarkan penjimatan minyak, kenderaan pelbagai guna (MPV) kompak berstatus kenderaan cekap tenaga (EEV) pertama di Malaysia itu turut menepati cita rasa dinamik dan gaya hidup keluarga moden masa kini.



Proton Ertiga merupakan MPV kompak berstatus EEV pertama negara yang dilengkapi dengan enam tempat duduk dan dikuasakan oleh enjin 1.4L VVT. MPV tersebut ditawarkan dalam varian 1.4L Eksekutif (MT); 1.4L Eksekutif (CVT) dan 1.4L Eksekutif Plus (CVT). Varian 1.4L Eksekutif MT ditawarkan pada harga RM58,800, 1.4L Eksekutif CVT (RM61,800) dan Eksekutif Plus CVT (RM64,800). Spesifikasi lain Proton Ertiga antaranya dilengkapi dengan teknologi drive-by-wire memantapkan lagi prestasi kereta untuk lebih responsif, tempat duduk fabrik kalis air dan saiz tangki minyak (45 liter) untuk perjalanan lebih jauh.



Maklumat lanjut, sila layari laman web Proton Ertiga.

No comments:

Post a Comment