Sensasi dan Terkini

Tuesday, 29 November 2016

ISRAEL BERTERIMA KASIH DENGAN PALESTIN SETELAH DIJILAT API





ISRAEL BERTERIMA KASIH DENGAN PALESTIN SETELAH DIJILAT API



KONGSI INFO : Memetik laporan yang disiarkan oleh The Times of Israel, Benjamin Netanyahu, Perdana Menteri Israel telah membuat panggilan telefon menghubungi Mahmoud Abbas, Presiden Pihak Berkuasa Palestin pada Sabtu yang lalu bagi menyampaikan penghargaan dan terima kasih kepada beliau atas bantuan yang telah diberikan oleh rakyat Palestin dalam usaha membantu mengawal dan memadam kebakaran besar di Israel yang telah berlarutan sejak Selasa lalu, yang mana menyaksikan beribu-ribu penduduk melarikan diri dan memusnahkan beratus-ratus buah rumah.



Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri Israel, dalam panggilan tersebut, Benjamin Netanyahu menyatakan penghargaan dan terima kasih atas kerjasama orang-orang Yahudi dan orang-orang Arab yang telah membuka rumah mereka untuk memberikan pelindungan kepada penduduk-penduk yang terjejas dengan kebakaran.



Dalam panggilan itu juga, Benjamin Netanyahu turut berterima kasih kepada empat puluh orang anggota bomba yang disediakan oleh Pihak Berkuasa Palestin termasuk penyediaan lapan trak bomba untuk memadamkan api kebakaran, di samping bantuan daripada negara-negara lain termasuk Cyprus, Bulgaria, Croatia, Itali, Turki, Rusia dan Amerika Syarikat yang telah menyediakan Supertanker, iaitu pesawat memadam kebakaran terbesar di dunia.



Anggota bomba Palestin dari Ramallah telah mula bertindak pada awal pagi Sabtu untuk membantu memadamkan api di penempatan Tebing Barat Halamish di mana berpuluh-puluh buah rumah musnah terbakar. Jordan dan Mesir juga turut memberikan bantuan kepada Israel termasuk menghantar trak bomba dan dua helikopter memadam kebakaran.

No comments:

Post a Comment