Sensasi dan Terkini

Wednesday 30 November 2016

PERKHIDMATAN TELEKOMUNIKASI ALAMI GANGGUAN SEMENTARA SEHINGGA JUN 2017





PERKHIDMATAN TELEKOMUNIKASI ALAMI GANGGUAN SEMENTARA SEHINGGA JUN 2017



KONGSI INFO : Pengguna mudah alih mungkin menghadapi gangguan perkhidmatan telekomunikasi sementara berikutan langkah pengagihan semula spektrum yang telah diumumkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) baru-baru ini.



Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia (CFM) memaklumkan bahawa pelanggan-pelanggan perkhidmatan telekomunikasi 2G khususnya akan mengalami gangguan seperti panggilan terputus dan lewat menerima SMS mulai September 2016 sehingga Jun 2017.



Proses pengagihan semula spektrum tersebut telah dijadualkan dari jam 12.00 tengah malam sehingga jam 6.00 pagi bagi mengurangkan kesan akibat pelaksanaan proses pemindahan spektrum tersebut kepada orang ramai.



Sehubungan dengan itu, CFM menasihatkan pengguna supaya menghubungi penyedia perkhidmatan telekomunikasi masing-masing untuk mendapatkan bantuan selanjutnya sekiranya mereka mengalami gangguan perkhidmatan yang berpanjangan. Talian hotline mengikut penyedia perkhidmatan adalah seperti berikut:




  • Maxis: 1-800-82-112 atau 123 (dari nombor Maxis)

  • Digi: 016-221 1800

  • Celcom: 019-601 1111 atau 1111 (dari nombor-nombor Celcom)

  • Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM): 1 800 188 030




INFO TAMBAHAN :




  • Spektrum merujuk kepada spektrum elektromagnetik yang berkaitan dengan frekuensi radio yang juga dikenali sebagai gelombang radio. Bahagian spektrum radio yang berbeza digunakan bagi tujuan tertentu, merangkumi sektor yang luas seperti penyiaran, penerbangan , radar dan lain-lain.



  • Secara lazimnya spektrum adalah dikawal selia oleh Kerajaan dan dijual atau dilesenkan di beberapa negara. Di Malaysia, SKMM memikul tanggungjawab ini dan berfungsi untuk mengawal selia dan menguatkuasa pematuhan berdasarkan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM 1998).



  • Demi mematuhi perubahan dalam industri, pihak SKMM sentiasa menjalankan kajian dalam bidang ini, sama ada bekerjasama atau berkongsi dengan institusi pengajian tinggi dengan tujuan untuk mendapatkan maklumat dan pengetahuan yang tepat dan jitu bagi menjamin industri yang berpengetahuan.


No comments:

Post a Comment