Sensasi dan Terkini

Tuesday 29 November 2016

TABUNG HAJI TANGGUNG SUBSIDI RM9,570 SETIAP JEMAAH HAJI 2017





TABUNG HAJI TANGGUNG SUBSIDI RM9,570 SETIAP JEMAAH HAJI 2017



KONGSI INFO : Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata walaupun berdepan peningkatan kos sebanyak RM19,550 bagi setiap jemaah haji, Tabung Haji (TH) masih mengekalkan bayaran haji tahun 2017 bagi setiap jemaah sebanyak RM9,980 dan menanggung subsidi sebanyak RM9,570.



Jumlah bayaran subsidi keseluruhan yang ditanggung TH pada tahun 2017 dianggarkan meningkat kepada RM200 juta berbanding hanya RM160 juta pada tahun 2016.



Walau bagaimanapun, tanggungan subsidi tersebut tidak melibatkan perbelanjaan yang diterima percuma oleh semua jemaah haji seperti buku dan risalah panduan, perkhidmatan perubatan, kursus bimbingan haji, kos petugas dan prasarana stesen berlepas.

No comments:

Post a Comment