Sensasi dan Terkini

Friday 18 November 2016

JOHOR TERUSKAN PEMBINAAN 25 SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA BAHARU & BAIK PULIH 11 MASJID



KONGSI INFO : Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Besar Johor berkata peruntukan dana permulaan sebanyak RM8 juta daripada perbelanjaan keseluruhan berjumlah RM320.32 juta bagi tahun 2017 adalah diperuntukkan bagi pembangunan syiar Islam dengan pembinaan sebanyak 25 Sekolah-sekolah Agama Johor melalui fasa 5.


Semasa berucap pada pembentangan Bajet 2017 bagi Persidangan Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-13 di Kota Iskandar, beliau berkata Kerajaan Negeri akan meneruskan pembinaan Sekolah-sekolah Agama Johor dengan kos keseluruhan sebanyak RM141.1 juta melibatkan pembinaan sebanyak 25 buah sekolah baru iaitu dua di Muar, enam di Kulai, empat di Kluang, tiga di Tangkak, enam di Johor Bahru, tiga di Pontian dan satu di Batu Pahat.

Disamping itu juga, melalui peruntukan Kerajaan Pusat sebanyak RM22.02 juta disediakan bagi membina baharu dan membaik pulih 11 buah masjid di seluruh Johor seperti berikut:

  1. Masjid Jamek Kampung Bintang, Peserai, Batu Pahat berharga RM2.22 juta;

  2. Masjid Felda Pemanis Dua, Segamat berharga RM2 juta;

  3. Masjid Jamek Kampung Seri Jaya, Tangkak berharga RM1.5 juta;

  4. Membaik pulih Masjid Al-Taqwa, Kampung Jeram Masjid, Bakri, Muar berjumlah RM200 ribu;

  5. Membina Masjid Habib Hassan Alattas di Johor Bahru berharga RM3 juta;

  6. Masjid Parit Kerimon, Benut, Pontian berharga RM1.8 juta;

  7. Masjid Al Mukminin, Jalan Chengal, Bandar Putra, Kulai berharga RM2.6 juta;

  8. Masjid Parit Sulaiman, Pontian berharga RM1 juta;

  9. Masjid Jamek Irsyadiah Batu 16 Air Hitam, Muar berharga RM2.5 juta;

  10. Masjid Parit Masjid, Pontian berharga RM1 juta; dan

  11. Masjid Taman Pulai Indah, Kangkar, Pulai berharga RM4.2 juta.

Maklumat lanjut : Bajet Negeri Johor 2017

No comments:

Post a Comment