Sensasi dan Terkini

Friday 18 November 2016

TASKA ORANG KELAINAN UPAYA (OKU) DI JOHOR



KONGSI INFO : Tiada kata lain dapat diungkapkan. SYABAS JOHOR!!! Johor bakal menjadi negeri pertama di Malaysia yang mempunyai Taska OKU mulai tahun 2017. Perkara ini dimaklumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor iaitu Puan Asiah Md Ariff. Beliau memaklumkan bahawa Taska OKU berkenaan akan ditubuhkan di bangunan Pusat Belia Yayasan Pelajaran Johor (YPJ), Bukit Senyum, Johor Bahru, Johor dengan peruntukan sebanyak RM300 ribu.


Taska OKU berkenaan dikhususkan untuk kanak-kanak pekak dan bisu bawah empat tahun dan akan dikelolakan dan dikendalikan oleh Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta'zim (YPKDT) dengan kerjasama Persatuan Orang Pekak Negeri Johor. Tambahan lagi, Taska OKU ini diyakini akan mendapat sambutan baik lapisan masyarakat khususnya di Johor sebelum ia diperluaskan ke seluruh negeri.

No comments:

Post a Comment