Sensasi dan Terkini

Friday 18 November 2016

KEPUTUSAN UPSR 2016 MENGGEMPARKAN



KONGSI INFO : Menunggu keputusan UPSR 2016 adalah merupakan saat yang mendebarkan. Bukan sahaja kepada calon-calon yang menduduki peperiksaan UPSR bagi tahun 2016, malah ibu bapa serta ahli keluarga masing-masing turut merasai perasaan yang sama. Saat yang ditunggu-tunggu telah pun tiba. Hari ini iaitu pada 17 November 2016 (Khamis), keputusan UPSR 2016 telah diumumkan.


Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Dr. Khair Mohamed Yusof ketika mengumumkan laporan UPSR memberitahu bahawa seramai 4,896 daripada 452,751 calon atau hanya 1.11 peratus telah berjaya memperoleh keputusan cemerlang semua gred A untuk UPSR dengan format baharu.

Standard dan kualiti Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dilihat semakin tinggi di mana murid-murid telah didedahkan dengan lebih banyak unsur Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam proses pe­ngajaran dan pembelajaran. Kurangnya pendedahan kepada soalan KBAT mungkin menjadi punca ramai tidak berjaya memperoleh keputusan semua gred A.

Sehubungan dengan itu, seharusnya para ibu bapa tidak perlu terlalu kecewa sekiranya anak-anak mereka tidak berjaya memperoleh keputusan cemerlang kerana UPSR hanya untuk menilai prestasi semasa sekolah rendah, tidak menentukan kejayaan dalam kehidupan anak mereka. Bak kata orang, perjalanan baru hendak bermula.

No comments:

Post a Comment