Sensasi dan Terkini

Wednesday 16 November 2016

JUS DAUN BETIK UNTUK RAWATAN PESAKIT DENGGI



KONGSI INFO : Daun betik telah digunakan dalam perubatan tradisional selama berabad-abad. Kajian klinikal yang telah dijalankan oleh Institut Penyelidikan Perubatan, Kementerian Kesihatan Malaysia telah menunjukkan bahawa jus daun betik segar.


Hasil kajian klinikal Pusat Penyelidikan Perubatan Herba, Institut Penyelidikan Perubatan, Kementerian Kesihatan Malaysia telah menunjukkan bahawa jus daripada daun betik segar didapati mempunyai kesan untuk menambah sel darah kuning (platelet) kepada pesakit demam denggi. Kajian juga menunjukkan bahawa ianya selamat untuk diminum sekiranya disediakan dengan cara yang betul dan bersih.

Cara-cara yang betul penyediaan jus daun betik supaya ianya selamat untuk diminum adalah seperti berikut:


  1. Sediakan tempat yang bersih untuk penyediaan jus daun betik.

  2. Ambil 2 helai daun betik matang dan buang tangkainya. Basuh daun betik dengan air bersih yang mengalir.

  3. Rendamkan daun betik ke dalam bekas yang berisi air selama 15 minit.

  4. Bilas daun betik dengan air bersih sekali lagi.

  5. Tos atau keringkan daun betik untuk menyingkirkan air bilasan.

  6. Potong daun betik sehingga menjadi kepingan yang kecil.

  7. Kisar daun betik dalam mesin pengisar jus ATAU tumbuk kepingan daun betik sehingga halus TANPA menambah air.

  8. Daun betik yang telah siap dikisar atau ditumbuk hendaklah ditapis untuk mengasingkan jusnya.

  9. Dua helai daun betik dapat menghasilkan sebanyak 30ml atau dua sudu besar.

  10. Tuang jus daun betik ke dalam sudu besar dan minum sebanyak 2 sudu makan.

Amalkan pengambilan jus daun betik sekali sehari untuk 3 hari berturut-turut sahaja. Di samping itu juga, pesakit adalah DIWAJIBKAN untuk mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum memberi jus daun betik kepada kanak-kanak berusia 13 tahun dan ke bawah. Pengambilan jus daun betik juga adalah merupakan rawatan sampingan dan BUKAN rawatan khas untuk demam denggi. Sehubungan itu, pesakit mesti berada di bawah pengawasan doktor semasa mengambil jus daun betik dan bukan diambil secara sendiri.


No comments:

Post a Comment