Sensasi dan Terkini

Saturday 19 November 2016

KAJIAN MEMBUKTIKAN ROKOK ELEKTRONIK MEROSAKKAN GUSI DAN GIGI



KONGSI INFO : Penemuan terbaru daripada hasil kajian terhadap rokok elektronik (e-cigarettes) telah membuktikan bahawa rokok elektronik boleh mengakibatkan kerosakan pada gusi dan gigi perokok sama seperti rokok konvensional. Irfan Rahman, profesor universiti di Amerika Syarikat menjelaskan bahawa apabila rokok elektronik dibakar, wap yang terhasil akan menyebabkan keradangan pada sel-sel, memberi tekanan kepada sel-sel dan seterusnya menyebabkan kerosakan yang boleh membawa kepada pelbagai penyakit mulut.


Kebanyakan rokok elektronik mengandungi bateri, alat pemanas dan kartrij untuk meyimpan cecair yang mengandungi nikotin, perasa dan bahan-bahan kimia lain. Peranti bateri bertindak sebagai pemanas cecair dalam kartrij dan wap yang terhasil dalam aerosol akan dihisap perokok.

Sebelum ini, para saintis berpendapat bahawa bahan kimia yang terdapat dalam asap rokok adalah penyebab di sebalik kesan kesihatan yang buruk, tetapi dengan perkembangan terbaru data saintifik, termasuk kajian yang diterbitkan dalam jurnal Oncotarget, badan tersebut mencadangkan sebaliknya.

"Bagi menentukan sejauh mana tahap kerosakan pada gusi dan mulut adalah bergantung kepada berapa banyak dan kekerapan seseorang itu menghisap rokok elektronik," ujar Rahman. Kajian itu juga mendapati bahawa bahan kimia berperisa turut berperanan dalam merosakkan sel-sel di dalam mulut. "Adalah penting untuk kita ingat bahawa rokok elektronik mengandungi nikotin yang sememangnya diketahui sebagai penyumbang utama kepada penyakit gusi," ujarnya lagi.

No comments:

Post a Comment