Sensasi dan Terkini

Thursday 1 December 2016

MARA PERUNTUKAN RM35 JUTA UNTUK MEMPERKASAKAN WANITA MALAYSIA





MARA PERUNTUKAN RM35 JUTA UNTUK MEMPERKASAKAN WANITA MALAYSIA



KONGSI INFO : Majlis Amanah Rakyat (MARA) memberikan pengkhabaran yang menggembirakan terutamanya kepada para usahawan wanita di Malaysia. Datuk Seri Ismail Sabri, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata MARA akan menyediakan pembiayaan khas perniagaan sebanyak RM30 juta, manakala RM5 juta lagi diperuntukan untuk pembiayaan latihan keusahawanan akan disediakan bagi membantu dan memperkasakan para usahawan wanita.



Beliau menjelaskan bahawa untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya, seseorang itu perlu menjalani latihan keusahawanan. Sehubungan dengan itu, MARA turut memperuntukan pembiayaan sebanyak RM5 juta bagi tujuan latihan keusahawanan tersebut. Selain itu juga, premis perniagaan baru MARA pula akan diperuntukan sebanyak tiga puluh peratus khususnya kepada para usahawan wanita yang berkelayakan.

No comments:

Post a Comment