Sensasi dan Terkini

Thursday 1 December 2016

MAHA 2016 MENJANJIKAN PENGALAMAN MENARIK KEPADA PENGUNJUNG





MAHA 2016 MENJANJIKAN PENGALAMAN MENARIK KEPADA PENGUNJUNG



KONGSI INFO : Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia 2016 (MAHA 2016) akan diadakan di Taman Pameran Pertanian Malaysia, Serdang (MAEPS) bermula pada hari ini sehingga 11 Disember 2016. Penganjuran MAHA kali ini akan menampilkan pelbagai program dan aktiviti baharu bertujuan menarik golongan muda menceburi bidang pertanian, selain menjanjikan pelbagai kelainan dan pengalaman menarik untuk para pengunjung.



Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Dr Ismail Bakar berkata MAHA 2016 yang bertemakan 'Makanan Kita Masa Depan Kita' @ 'Our Food Our Future' memberi gambaran betapa pentingnya pertanian untuk masa akan datang. Ujar beliau lagi, bagi memastikan bekalan makanan negara terjamin selepas tahun 2050, adalah menjadi satu keperluan untuk golongan muda menceburi bidang ini



MAHA kali ini terbahagi kepada pameran dalaman yang mempunyai lima kluster berbeza, membabitkan AgroTourism, AgroIT, AgroTrade, AgroLifestyle dan AgroYouth. Pengunjung juga boleh menikmati sendiri pengalaman pertanian secara 'hands-on' di tujuh laman, antaranya Laman Padi, Laman Ternakan, Laman Perikanan, Laman Nanas, Laman Herba dan Sayur serta Laman Florikultur dan Laman Jentera.



Beberapa segmen baharu turut diperkenalkan iaitu Kampung Durian Runtuh Upin dan Ipin untuk kanak-kanak, manakala untuk orang muda dan belia diadakan tapak perkhemahan serta pesta muzik Rhythm of the Farmers. Untuk orang dewasa dan usahawan kecil, mereka disajikan dengan segmen Kampung Mok Cun yang membabitkan selebriti siri berkenaan.



Petikan Sumber : BERITA HARIAN

No comments:

Post a Comment