Sensasi dan Terkini

Monday 28 November 2016

TABIAT MEROKOK BERI KESAN BURUK KEPADA OTAK PEROKOK





TABIAT MEROKOK BERI KESAN BURUK KEPADA OTAK PEROKOK



KONGSI INFO : Dapatkah kita pastikan bahawa bahagian tubuh manakah yang tidak terkesan akibat daripada tabiat merokok? Sudah tentu rasanya tiada bukan? Semua bahagian anggota tubuh badan kita termasuk otak juga boleh terdedah kepada kesan negatif akibat daripada perbuatan merokok. Menurut penyelidik bidang psikologi di Northumbria University, Tom Heffernan dan Anna-Marie Marshall, merokok sememangnya boleh merosakkan otak.



Menurut mereka, hasil penyelidikan menunjukkan bahawa 4000 bahan kimia yang terdapat pada asap rokok boleh mendatangkan kesan negatif khususnya kepada otak penghisap rokok. Sebut sahaja karbon monoksida, masing-masing telah maklum bahawa ia kebiasaanya ditemui pada asap ekzos kereta, butana yang dijumpai dalam cecair kimia, serta arsenik, ammonia, dan metanol yang kebiasaannya terkandung dalam bahan bakar roket. Lama kelamaan bahan-bahan kimia berbahaya tersebut akan masuk dan meresap ke dalam tubuh dan kemudiannya merosakkan sel-sel yang sihat.



Merokok memberi kesan buruk pada otak meliputi penyusutan keupayaan daya fikir dan memori seseorang perokok. Keadaan itu akan menjadi lebih buruk sekiranya perokok juga sering mengambil minuman keras. Kesan jangka panjang terhadap perokok pula, tabiat merokok juga boleh mengganggu kualiti kerja, penurunan keupayaan kognitif, masalah memori serta mudah lupa. Bahkan menurut kajian terbaru, perokok pasif juga akan terjejas jika menghidu asap rokok. Merokok boleh menjejaskan korteks atau lapisan di luar otak yang berkaitan dengan fungsi memori dan pemprosesan maklumat. Lapisan korteks itu menipis seiring bertambahnya usia. Tetapi, merokok boleh mempercepatkan penyingkiran lapisan korteks.



Dewasa ini, tabiat merokok menjadi faktor risiko utama pelbagai jenis penyakit seperti kanser, masalah paru-paru, dan masalah kardiovaskular. Tambahan lagi, merokok juga boleh menurunkan kualiti sperma lelaki dan meningkatkan risiko katarak. Kaedah terbaik untuk mencegah tabiat ini sudah tentunya dengan cara berhenti merokok. Dalam masa yang sama, perokok juga boleh mendapatkan rawatan terapi seperti terapi penggantian nikotin yang berupaya membantu seseorang itu untuk berhenti merokok.

No comments:

Post a Comment